Siapa Kah "Winnable Candidate" Itu...?

on Oct 26, 2011


Pendekatan dalam memilih calon untuk PRU-13 bagi Barisan Nasional amat jelas.

Awal-awal lagi, Najib Razak, Pengerusi BN, menyatakan pendiriannya bahawa hanya 'WINNABLE CANDIDATE" atau "calon yang boleh menang" akan dipilih bertanding di dalam PRU-13 yang dijangka akan diadakan pada Mac 2012.

Mesej pucuk pimpinan mengenai "Winnable Candidate" ini sudah sebati di akar umbi. Di mana-mana saja, akar umbi bercakap mengenai "winnable candidate".

Agak menarik, selepas setahun, kita masih belum mendengar seorang pun Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak lagi berminat untuk bertanding lagi di dalam pilihanraya akan datang.

Sementara di dalam MCA, Chua Soi Lek, yang dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita Cina di sebuah hotel pada 2007, pun masih menganggap dirinya calon winnable di mana saja beliau akan bertanding.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/written-off-by-rival-soi-lek-says-still-winnable/

Presiden Gerakan Koh Tsu Koon yang dimalukan semasa PRU-12 pun masih berminat bertanding semula.

Negeri Sembilan, yang diwarwarkan akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU-13 nanti, sekiranya Mohamed Hasan kekal sebagai Menteri Besar, pun mula menunjukkan tanda-tanda mahu kekal sebagai Menteri Besar.

Semasa ditemuramah oleh sebuah akhbar Inggeris baru-baru ini, Mohamed Hasan menyatakan bahawa sokongan terhadap BN di bawah pimpinan beliau semakin meningkat berdasarkan satu kajian bebas yang diadakan pertengahan tahun ini.http://www.nst.com.my/nst/articles/18zz/Article/art_print

Ketika Najib sedang membuat persiapan terakhir untuk mengadakan PRU-13, di akar umbi pelbagai cara dilakukan oleh Ahli Parlimen dan bakal-bakal calon untuk dilihat sebagai relevan dan calon winnable di mata pucuk pimpinan.

Di Johor, dikhabarkan, seorang Ahli Parlimen yang usianya hampir mencecah 70an dan bergelar Yang Berhormat hampir 20 tahun, sedang bertungkus lumus untuk kekal sebagai ahli Parlimen walaupun sudah 3 penggal (8 tahun) menjadi Adun dan 3 penggal (12 tahun) menjadi Ahli Parlimen.

Makanya dimintanya rakan-rakan di dalam MIC, MCA, Gerakan, NGO dan perisik menghantar laporan A+ dan surat rayuan kepada Najib untuk mengekalkan beliau dan kononnya beliau lah calon paling winnable di Parlimen beliau.

Di Kedah, di khabarkan, seorang Naib Ketua Bahagian, meminta persatuan penduduk di kawasan-kawasan perumahan di bahagian beliau untuk menulis surat kepada Najib bahawa mereka mahukan beliau dicalonkan di dalam PRU-13 nanti.

Di Pulau Pinang, Ahli-Ahli Parlimen bebas, yang dulunya bersama PKR, sedang lobi-melobi, untuk bertanding di atas tiket Umno sehinggakan tidak memperdulikan perasaan orang bahagian, semata-mata mahu terus dikenali sebagai Yang Berhormat.

Di Wilayah Persekutuan, ada pemimpin Umno berjawatan dalam Kerajaan yang sanggup menelefon Ketua Bahagian lain agar mengurangkan mengeluarkan kenyataan kepada akhbar kerana tidak mahu Ketua Bahagian lain lebih popular dari beliau.

Ini belum lagi kita berbicara mengenai pemimpin-pemimpin yang meng"sms" Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, mempromosikan diri sendiri dan yang menggunakan bini untuk mendampingi Rosmah sebagai penyelamat diri.

Di satu bahagian di Pahang, pimpinan bahagian membangkitkan mengenai keperibadian Ahli Parlimen mereka. Kata mereka, "sudahlah bukan orang Pahang, bangsat di bahagian orang, kemudian berhijrah ke bahagian kita dan hari ini, gunakan bahagian kita jadi orang besar."

PRU-13 mungkin diadakan November, Disember, Januari atau seperti yang ramalkan Mac.

Inilah yang kita tunggu-tunggu. Kita mahu melihat ketahanan dan kekuatan Najib dalam mengharungi ujian dalam memenuhi hasrat beliau memilih calon winnable.

Dalam sejarah, Najib dikenali sebagai seorang yang bermain politik selamat. Itu sebelum beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Kini beliau Perdana Menteri dan Presiden Umno. Entah-entah beliau lebih garang dari Tun Dr Mahathir Mohamad.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List