Cukup....Dah Terlalu Banyak Harta Rakyat Tergadai.

on Dec 6, 2011



Sesungguhnya Umno/Bn adalah pakar dalam menggadai harta negara dan rakyat. Bayangkan jika parti ini terus memerintah selepas PRU ke 13 nanti rasanya tiada apa lagi yang bakal dipunyai oleh negara dan rakyat.

Selama ini telah banyak yang para pemimpin Umno/Bn gadaikan. Tanah KTM di Singapura telah tergadai. Pulau Batu Putih yang menjadi hak milik selama-lamanya Malaysia dengan mudah tergadai kepada Singapura. Satu lagi bukti penggadaian maut kerajaan Umno/Bn ialah Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) di Pahang. DARA digadai yang mengakibatkan rakyat di kawasan itu tersengih dan keuntungannya dikaut oleh para pemimpin Umno sendiri!

Malah telah banyak diketahui rakyat apa yang telah digadai oleh para pemimpin Umno/Bn.

Antara yang masih dan sedang diusahakan untuk digadai oleh kerajaan Umno/Bn ialah Kampung Baru di Kuala Lumpur. Dengan kelulusan akta Pembangunan Kampung Baru yang memberi kuasa penuh kepada Menteri Wilayah, satu-satunya harta rakyat terutama harta pusakan bangsa Melayu bakal tergadai. Hingga ke saat ini keadaan pemilikan rakyat terhadap kampung itu bagaikan telur dihujung tanduk! Inilah wajah sebenar para pemimpin Umno yang akan menggadaikan apa sahaja harta rakyat demi memenuhikan perut busuk masing-masing! mulut malaung konon pembela rakyat terutama bangsa Melayu nafsu serakah terus 'meliwat' kehormatan rakyat.

Paling terkini harta rakyat yang sedang berhempas pulas cuba digadai oleh para pemimpin Umno/Bn ialah FELDA melalui usaha 'maut' penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Saham Kuala Lumpur. Dikatakan usaha 'maut' kerana mengikut rekod sejarah dalam Umno Baru apa sahaja yang diniagakan di Bursa Saham terbuka tidak pernah selamat dan tidak pernah mendapat untung yang mana keuntunganhnya akan kembali semula kepada rakyat jelata!

Benarlah jika peneroka Felda terus tertipu dengan membenarkan FGVH di senaraikan ke Bursa Saham, rakyat jelata khususnya peneroka Felda sendiri akan menerima nasib malang dan Felda akan termasuk dalam kumpulan nazak seperti Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), DARA, PKFZ dan NFC yang telah pun digadai dan bakal ghuyup! Kearana apa? Kerana hanya itu sahaja kepakaran yang dimiliki oleh para pemimpin Umno/Bn iaitu menggadai harta-harta rakyat!



sumber
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List