KHIR TOYO KALAH, ANWAR PUN AKAN KALAH...?

on Dec 23, 2011





Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan mendapatkan bagi dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam, empat tahun lepas.

Keterangan berbelit-belit dan berbolak-balik dua orang STARWITNESSES telah diterima oleh mahkamah dan hakim memutuskan bahawa pihak pembela gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap keterangan berbelit-belit dan berbolak-balik itu.

Ada semacam DEMAM yang sangat kuat sedang melanda. KHIR TOYO KALAH, UTUSAN MALAYSIA KALAH, KERAJAAN MALAYSIA KALAH, FELDA KALAH....

9 Januari nanti, mahkamah akan membuat keputusan untuk kes liwat yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim. Adakah keputusannya juga KALAH dan ANWAR MENANG?

Pihak Pakatan seringkali mencanangkan Mahkamah di Malaysia bertindak berat sebelah walaupun kebelakangan ini, banyak keputusan mahkamah yang SANGAT BERPIHAK kepada mereka!

Ada teori yang mengkhabarkan, tekanan yang diberikan oleh pihak Pakatan kepada Mahkamah agar 'membuktikan sistem perundangan dan keadilan' di Malaysia memang telus dan bebas daripada kongkongan kerajaan, menghasilkan keputusan-keputusan seperti yang kita lihat sekarang?

9 Januari nanti, Sam Ketot akan menggerakkan AMK dan PKR untuk merusuh dengan penyertaan sebahagian besarnya adalah pelajar-pelajar universiti dalam apa yang mereka panggil sebagai GERAKAN MEMBEBASKAN ANWAR. Adakah terdorong dengan KEPUTUSAN-KEPUTUSAN MAHKAMAH yang banyak berpihak kepada mereka, menjadikan PKR langsung tidak menghormati undang-undang kerana yakin mereka akan DIBEBASKAN?



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List