Skandal SOLAR GATE, Siapa Lindungi Hishamuddin ?

on Dec 1, 2011




KEDUDUKANNYA sebagai Naib Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri; dan paling penting sebagai ‘Sepupu Perdana Menteri’ mungkin menyebabkan Datuk Seri Hishamuddin tidak berani disentuh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan masih belum disiasat oleh Ketua Audit Negara (KAN).


Hishamuddin adalah Menteri Kabinet Pertama yang bertanggung jawab meletakkan Sabah dalam dilema keracunan plumbum dengan memasang Sistem Solar Hibrid di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai talian grid; sebelum Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengikut rentak yang sama

Mengikut Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu, semakan beliau bersama Tim Pemantauan Sabahkini.net di Sabah, sehingga kini 179 buah sekolah sudah dipasang dengan Sistem Solar Hibrid, 78 buah sekolah untuk Fasa Pertama dan 101 buah sekolah untuk Fasa Kedua dan bakinya 24 buah sekolah masih dalam penantian.



Daripada laporan media dan maklumat Sabahkini.net, kata Patrick, beliau mendapati kos membina Sistem Solar Hibrid di sekolah-sekolah luar bandar Sabah terlalu mahal, hampir setara dengan Projek Elektrik Solar Hibrid KKLW.

“Sebagai contoh, kos memasang Sistem Elektrik Solar Hibrid di SK Tudan di Tamparuli berharga RM5.4 juta sedangkan harga pembinaan sekolah lebih kurang RM1 juta,” kata Patrick yang merujuk artikel ‘SPRM Wajib Siasat Projek Elektrik Solar’; sedangkan kos termahal di pasaran untuk menyiapkan projek berkenaan lebih kurang RM2 juta.

Begitu juga dengan Kos pemasangan sistem yang sama di SK Sumambu, Tenom yang bernilai RM6 juta sedangkan bagi kapasiti tenaga dua kali ganda, Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raimi Unggi hanya membelanjakan RM1 juta untuk dua buah Kampung iaitu Katubu dan Sumambu.



HADIAH.....Inilah hadiah yang ditinggal Hishamuddin di sekolah-sekolah di luar bandar Sabah dan kini diwarisi oleh Muhyiddin. Semoga Muhyiddin mempunyai kekuatan untuk menghapuskan nista ini yang akan tercatat di dalam sejarah sebagai Kementerian yang kejam kerana menzalimi kanak-kanak yang tidak berdosa.

Kesemua kontrak pemasangan sistem solar hibrid di seluruh Sabah, kata Patrick telah diagehkan kepada tiga syarikat ‘Kelas Kambing’ (tidak berdaftar dengan PKK dan CIDB atau PUKONSA) tetapi mampu menjalankan projek ratusan juta ringgit melalui kaedah sub-kontrak; yang kebanyakannya tidak lagi berfungsi setelah digunakan enam bulan atau setahun.

“Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran telah membayar lebih RM1.8 Bilion kepada semua kontraktor, sedangkan 99 % daripada sistem yang dipasang tidak lagi berfungi kerana rosak dan tidak diselenggara,” kata Patrick yang menyifatkan projek berkenaan lebih teruk daripada Makmal Komputer.
Perdana Menteri, kata Patrick patut mendesak Kementerian Pelajaran menjelaskan kepada rakyat kenapa projek yang begitu mahal boleh dilaksanakan tanpa melalui panggilan tender dan dilakukan oleh kontraktor yang tidak bertauliah.

“Kalau mengikut Akta Acara Kewangan, Hishamuddin boleh dikenakan surcaj dan patut meletakkan jawatan seiiring dengan kegagalan Makmal Komputer,” kata Patrick yang menyimpulan Kementerian Pelajaran tidak prihatin terhadap masa hadapan kanak-kanak di luar bandar kerana terdedah kepada bateri asid plumbum yang digunakan dalam sistem berkenaan dan pelupusan sambil lewa bateri berkenaan.

Tegas Patrick, beliau tidak tahu kenapa Hishamuddin memilih untuk menggunakan bateri asid plumbum yang mahal sedangkan sejak 2005 sudah ada bateri mesra alam di pasaran, yang bukan sahaja murah, berkualiti dan lebih tahan lama daripada bateri asid plumbum.

Menurut Patrick, tiga kontraktor dari ‘Langit Ketujuh @ Kayangan’ tetapi bertaraf ‘Kelas Kambing’ tersebut terdiri daripada Konsortium Eagle (66 buah sekolah), Ayuda (4 buah sekolah), Misi Maju (4 buah sekolah), Zestnet (4 buah sekolah); manakala bagi Fasa Dua sebanyak 101 buah sekolah dijalankan oleh beberapa syarikat bermodal RM2.

Sehubungan itu, Patrick mendesak agar Ketua Audit Negara dan SPRM tidak menutup kes ini semata-mata kerana melibatkan Naib Presiden UMNO, Menteri Kabinet atau sepupu Perdana Menteri disebabkan kepentingan umum dan mencegah bencana alam sekitar.

“Jika Kementerian Pelajaran tidak mempunyai akauntabiliti, bagaimana mereka mahu menjawab kepada pembayar cukai segala kegagalan mereka yang menggunakan dana awam; apatah lagi rakyat boleh mempersoalkan integriti Menteri Pelajaran sekarang, di atas kesilapan Hishamuddin semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran,” kata Patrick yang mendesak siasatan menyeluruh termasuk oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Patrick menambah, beliau turut menggesa Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, memansuhkan 24 kontrak baru yang bakal dilaksanakan dan menghentikan sertamerta penggunaan bateri asid plumbum di 178 sekolah yang telah menggunakan bateri berkenaan.
Kerajaan tidak akan kerugian apa-apa, kata Patrick, sebaliknya rakyat Sabah di luar bandar akan menambahkan sokongan terhadap Muhyiddin dan BN kerana menyelamatkan anak cucu mereka daripada kesan plumbum yang berpanjangan.

"Masih adakah Muhyiddin pada sejuta tahun akan datang? Jika Muhyiddin dan Hishamuddin masih hidup sejuta tahun akan datang, rakyat Sabah mungkin boleh memaafkan mereka, tetapi jika tidak, mohonlah hentikan segera penggunaan apa juga plumbum kerana jangka hayat plumbum selama satu juta tahun," kata Patrick yang tidak jemu-jemu masuk kampung untuk melihat sendiri penggunaan sistem solar hibrid.



Baca Seterus Nya Kat Sini
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List