Isteri makin berumur makin ‘hot’

on Jan 21, 2012




Habislah. Itu saya boleh kata kepada kawan-kawan yang mahu guna isu ‘kedinginan’ isteri untuk berkahwin lagi. Hari ini, alasan itu sudah tidak relevan lagi. Ini berikutan laporan American Journal of Medicine baru-baru ini yang menyatakan, kepuasan seksual bagi wanita sebenarnya semakin meningkat seiring pertambahan usia.

Malah, jangan tidak percaya bahawa mereka mendapat lebih kuasa pecutan VROOOOMMM setelah melepasi usia 40 tahun. Dan satu lagi kejutan, separuh daripada mereka yang berusia antara 40 hingga 100 tahun, masih aktif melakukan seks. Kajian itu juga mendapati, prestasi lelaki sebaliknya semakin menurun dengan peningkatan usia.

Jika kepada kawan-kawan, saya sudah katakan ‘habislah’, kepada kaum wanita, saya mahu ucap selamat untuk mereka kepada satu motivasi baru, yang sekali gus adalah penangkis bagi suami-suami yang mahu menggunakan alasan itu.

Barang kali selama ini wanita sendiri sudah terlalu dimomokkan dengan propaganda hal kedinginan mereka di ranjang apabila usia meningkat kepada 40-an, sekali gus menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, hilang motivasi sehingga mempercayai bahawa mereka sememangnya tiada kemampuan untuk terus berprestasi berbanding zaman berbulan madu dahulu.

Ingat semula waktu itu, ‘karan’ (arus elektrik, mengikut istilah orang kampung saya) sentiasa mengalir dalam tubuh sepanjang masa, setiap ketika, tidak kira di mana. Malah lebih hebat lagi kerana ‘karan’ yang sebenar hanya mengalir apabila suis lampu dihidupkan sedangkan ‘karan’ dalam tubuh pengantin baru akan lebih tinggi voltannya apabila lampu dipadam. Itulah bezanya.

Dan saya percaya, dengan terdedahnya hasil kajian menerusi jurnal ini, ramai wanita baru tersedar bahawa mereka selama ini seperti diperdaya lelaki. Sama ada benar diperdaya atau tidak, itu saya tak pasti.

Namun apa yang rasakan, wanita juga mungkin turut memperdaya diri mereka sendiri. Walaupun secara biologi, mereka masih berkemampuan seperti dalam laporan itu yang menyatakan seluruh responden dalam usia purata 67 tahun mengaku masih mampu terangsang, mempertahankan lubrikasi malah mencapai orgasma ketika bersama suami, namun yang barang kali menjadi masalah bagi mereka adalah berkaitan dengan fokus.

Sudahlah tidak ada keyakinan, mereka juga gagal memusatkan fikiran bukan hanya ketika di ranjang malahan juga dalam kehidupan harian. Setelah mempunyai anak, perhatian mereka kepada suami mulai menurun. Tidak lagi bersikap romantik malah ada yang menolak ketika diajak untuk beromantik. Alasan yang diberi, malu pada anak-anak!

Malah ada juga yang terus mengangkat faktor usia sebagai alasan bahawa tidak lagi sesuai untuk berkelakuan seperti anak-anak muda. Walhal alasan itu diberi hanya ketika usia baru menjangkau pertengahan atau lewat 30-an. Inilah yang sering membuat suami meradang. Tidak! Jangan sangka ini masalah saya tetapi inilah isu yang sering saya dengar menerusi rungutan kawan-kawan di meja teh tarik, di pejabat malah di masjid.

Kerana itu, menerusi tulisan ini, saya harap wanita bukan sahaja mendapat motivasi baru dari segi keyakinan psikologi bahawa secara biologi, mereka sebenarnya masih mampu untuk berprestasi tinggi. Dalam bahasa orang sekarang, masih ‘hot’!

Jadi, tidak perlulah untuk membohongi diri bahawa zaman romantik untuk mereka sudah berlalu apabila menjelang usia 40 tahun. Alangkah ruginya jika tempoh ‘hot’ itu disingkatkan hanya antara usia 25 hingga 35 tahun sahaja. Malah ada juga yang memberi alasan malu jika ‘terpaksa’ hamil.
Nah! Jika tidak mahu hamil, tentu sahaja ada caranya, bukan?

Tiba-tiba saya teringat pada Mek Wok Kundor di Terengganu yang bertemu jodoh dengan suami ke-23, Md Noor Che Musa pada 2009. Ketika itu, usia Mek Wok 107 manakala, Md Noor, 37. Dan saya masih ingat lagi antara kata-kata Mek Wok: “Kalau tidak mampu layan suami, takkan saya kahwin lagi ...



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List