Pelanduk Dua Serupa Ker...?

on Jan 23, 2012




Nak tuduh-tuduh tak berani. Takut pelanduk dua serupa. Dalam ilmu-ilmu yang berkaitan, ada dak teknologi yang boleh mengenalpasti persamaan dari dua imej berkenaan? Aku mana tau. Aku tanya ja.

Persamaan kadang-kadang kebetulan. Sedangkan, wataknya berlainan. Tetapi boleh berlaku macam-macam. Sehinggakan, orang tertanya-tanya adakah polis yang pukul orang dengan besi gari dalam perhimpunan Bersih 2.0 adalah orang yang sama dengan wak yet Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang isytihar masuk Umno baru-baru ni?

Masalahnya, polis yang pukul orang dengan besi gari tu tutup muka dengan bandana. Bukan takat tu, tag nama pun tak pakai. Semuanya jadi spekulasi. Apa-apa pun gambar di bawah menarik diperhatikan walaupun tak jelas langsung untuk buat kesimpulan.. (Ucapan terima kasih tak terhingga kepada yang buat imej di bawah dan mohon maaf saya copy paste tanpa kebenaran)

Yang jelas ialah kita memohon Allah s.w.t. mela'nati sesiapa jua yang pukul rakyat yang tak buat jenayah dan sekadar menyuarakan perasaan mereka. Kita mohon sungguh-sungguh Allah mela'nati taghut atau pelampau-pelampau itu. Quran suruh kita menyembah Allah dan menjauhi taghut.

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.




Maklumat Asal

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List