Sebelum ini kami pernah menulis kisah tentang pengendali blog umno reform di laman ini.
Sehari dua ini selangordaily perhatikan isu mengenai individu berkenaan kembali hangat di beberapa laman blog gara-gara kehadiran individu tersebut di majlis Umno dua malam lepas.
Bukan kami nak bercakap besar dan bukan kami nak berlagak. Kami adalah ‘player’ lama dalam dunia cyber. Laman ini wujud pada 13.Febuary. 2002. Tinggal lagi 12 hari genap 10 tahun kami beroperasi. Kami kenal dan kami tahu perangai dan strategi yang digunakan oleh ‘player-player’ otai dalam dunia cyber,termasuklah Anuar Md Nor.
Siang tadi laman umno reform mengulas tentang pertelingkahannya dengan sebuah blog yang mendedahkan siapa beliau yang sebenarnya.
Dalam tulisan tersebut terdapat dua komen yang dihantar menggunakan nama blogger-blogger superstar, Papa Gomo dan Parpukari.
Ini bukan kali pertama nama-nama tersebut menghantar komen ke laman umno reform. Sebelum ini telah berkali-kali ianya berlaku. Yang peliknya hanya di laman berkenaan sahaja.
Sebagai ‘player’ lama dalam dunia ini kami tahu siapa penghantar komen berkenaan. Yang pastinya ia bukan dari dua blogger berkenaan.
Jika anda ingin tahu, dua komen berkenaan dihantar oleh Anuar Md Nor sendiri. Kami pernah bercampurnya dan kami tahu strategi beliau. Ada kalanya beliau tidak ingat apa yang pernah beliau ceritakan sewaktu sesi teh tarik bersama rakan-rakan.
Dia berusaha untuk memecah belah blogger pro Umno dengan menggunakan nama Parpukari serta Papa Gomo untuk mengutuk unit media baru (UMB) Pemuda Umno di bawah pimpinan Tun Faisal. Itulah sebahagian dari tugasnya menyusup masuk ke dalam Umno seperti diarahkan oleh PKR. Laga-lagakan blogger-blogger pro Umno supaya bergaduh dan musnahkan Papa Gomo serta Parpukari.
Anuar cuba karang komen itu sebaik mungkin supaya nampak ‘real’ ianya datang dari Parpukari dan Papa Gomo. Baik dari penggunaan huruf besar dan kecil termasuklah menggunakan tag line Papa Gomo di bahagian akhir komen. Dalam cekap-cekapnya membuat fitnah dia tetap tersangkut.
Bagi pembaca-pembaca tegar blog-blog politik mereka tahu setiap bahasa atau ayat yang sering digunakan oleh blogger-blogger tertentu. Parpukari bukannya seorang pengguna perkataan GUA. Perkataannya yang sering digunanya adalah AKU. Jika Papa Gomo, ya benar, beliau sering menggunakan perkataan GUA.
Anuar masih lagi menggunakan taktik lapuk dalam dunia cyber. Beliau tidak sedar yang beliau telah menceritakan kepada ramai orang sejak bertahun-tahun lepas taktik yang digunanya.
Kepada blogger-blogger pro Umno berhati-hatilah dengan Anuar Md Nor. Janganlah mudah cair dan terpedaya dengan kelunakkan serta kepetahan dan kehebatannya berkata-kata. Jangan terperangkap dengan permainan musuh sehingga anda semua bermusuhan sesama sendiri dan seterusnya menuju kehancuran.
0 comments:
Post a Comment