Gaduh Jangan Tak Gaduh, Biar Hancur PKR Selangor.

on Jun 19, 2012


SHAH ALAM: Krisis membabitkan pejabat Menteri Besar Selangor dan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin memuncak dengan Ketua Wanita parti itu menuduh Setiausaha Politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ”celupar” dan tidak megenang jasa parti.

Zuraida Kamaruddin berkata Faekah Husin tidak harus memperlekehkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan sebaliknya patut memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

"Jangan memperlekehkan pemimpin parti, kerana dengan adanya usaha dari peringkat parti, maka beliau dapat dilantik sebagai Setiausaha Politik MB," kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

“(Juga) janganlah mahu menuduh kepimpinan parti PKR kerana jawatan yang dipegangnya itu adalah sementara. Jadi janganlah sampai mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kepimpinan parti," kata beliau kepada Antarapos.com.

"Dia (Faekah) tidak boleh memperlekehkan kepimpinan parti kerana parti penting untuk membawa kejayaan kepada sesuatu kerajaan, bukan daripada kedudukannya sebagai setiausaha politik," tegas Zuraida.

Faekah kelmarin mempersoalkan kewibawaan Azmin menjadi Pengarah Pilihan Raya PKR dan berkata beliau perlu membuktikan keupayaannya mengisi jawatan penting itu.

Faekah juga menegaskan penyokong-penyokong Azmin yang mengkritik beliau sebenarnya mensasarkan bosnya, Khalid dan beliau hanya pelaksana keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor itu.

Faekah berkata demikian setelah sebuah akaun twitter muncul di bawah nama “kamisayangPKR” yang berkempen mendesak supaya beliau dipecat daripada jawatannya itu.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata Faekah tidak perlu mempersoalkan kerja-kerja Azmin di dalam parti.

"Kenapa pula beliau (Faekah) mengeluarkan kenyataan sebegitu, sepatutnya rakyat yang menentukan kelayakan (Azmin), bukan dia yang menentukan," kata beliau.

“Yang saya tahu, Azmin Ali orang yang selayaknya yang diberi tanggungjawab oleh PKR. Sebagai Pengarah (Pilihan Raya), dengan kekuatan dan pengalaman bekerja dengan bekas Timbalan Perdana Menteri dulu … beliau (Azmin) mampu sangat untuk memastikan PKR dapat meraih kejayaan pada PRU13," tambah Abdullah.

Sejak dilantik secara kontroversi sebagai Setiausaha Politik Khalid, hasil sokongan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah pada tahun 2010, Faekah dituduh sebagai terlalu berkuasa dan mempunyai pengaruh luar biasa di atas keputusan-keputusan kerajaan negeri.

Beliau disifatkan sebagai penghalang kepada program-program yang ingin dilaksanakan oleh parti di Selangor sehingga wakil rakyat PKR bimbang ia menjejaskan peluang parti itu pada PRU 13.

Antarapos difahamkan tindakan pimpinan PKR untuk “menasihati” Khalid supaya mengekang tindakan “keterlaluan” Faekah daripada campurtangan urusan parti tidak berjaya.

Sebaliknya Khalid melantik Setiausaha Politiknya itu, bersama Setiausaha akhbarnya Arfa'eza Aziz menyertai sebuah jawatankuasa tertinggi mengendalikan dana RM300 juta untuk program Selangorku.

Tidak ada ahli Exco yang dipilih untuk menyertai jawatankuasa berkenaan, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kuasa “luar biasa’ yang diberi oleh Khalid kepada dua pegawainya itu.

Khalid tidak memegang sebarang jawatan kanan dalam PKR setelah Azmin menggantikannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor dua tahun lalu.

Hubungan di antara mereka menjadi lebih keruh sejak itu dan pengaruh Faekah ke atas Khalid hanya memburukkan krisis dalaman PKR.

sumber : Keadilankini

HARI TU TIMBALAN PRESIDEN DENGAN S/U POLITIK MB
HARI NI KETUA WANITA PUSAT DENGAN S/U POLITIK MB

ADA APA YANG TAK KENA KE ? PADA AKU MEREKA ITU BODOH MELAMPAU. MEREKA TAK NAMPAK SHARPSHOOTER BN KER.....BODOH NAK MAMPUSSSSSS...!




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List