Lajim ikut nasihat Anwar...?

on Aug 1, 2012

Dr Mohd Puad Zarkashi

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam keputusan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Sabtu lalu.

Beliau berkata, Lajim mengambil keputusan itu kerana mengikut nasihat Anwar yang didakwa berkemungkinan menawarkan wang kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.

“Tidak mustahil pendekatan kewangan telah digunakan oleh Anwar yang menasihati Lajim untuk meletakkan jawatannya setelah melihat kata duanya tidak didengari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tahu yang Anwar sekarang juga digelar ‘3 billion Man’ seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Maka, berkemungkinan dia menggunakan sumber kewangan itu untuk memujuk Lajim meninggalkan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, sebelum ini Lajim yang mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) sejurus selepas peletakan jawatannya dikatakan cuba bermain 'tarik tali' dan melambatkan tindakannya melepaskan jawatan ahli Umno.

Menurutnya, Lajim sengaja melambatkan tindakan dan membuat urusan tawar-menawar kepada parti. Malah, apabila pendekatan yang digunakan tidak berkesan, dia mula merancang melepaskan kedua-dua jawatan itu.

“Tindakan itu tidak memberi implikasi buruk kepada Barisan Nasional (BN), kerana tiada impak ahli kita yang keluar beramai-ramai mengikut jejak langkahnya. Kita sedikit pun tidak hairan kepadanya,” katanya.

Katanya, tindakan Lajim itu tidak beri kesan kepada penentuan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dibuat Perdana Menteri.



Orang kalau otak dah korup mana boleh terima kenyataan walaupun perkara yang berlaku itu tiada kiatan dengan RM, bodohnya manusia kerana tidak guna akal, aku yang bodoh ni pun boleh berfikir, kalau PR banyak RM apa gunanya membeli ahli politik baik digunakan untuk PRU nanti....


Bahkan ahli sendiri terpaksa membayar yuran ahli, tidak seperti UMNO ahlinya ada yang tidak ketahui yuran mereka siapa yang menjelaskan, lepas itu mengaku ahli UMNO, tidak hairanlah UMNO boleh menjajakan ahlinya berjuta-juta, ahliUMNO sebenarnya hanya konco-konco yang disekeliling ketua bahagian dan ketua cawangan saja. 


Ini pernah terjadi pada kawan aku bila hendak ada mesyuarat cawangan, dia dijemput hadir kononnya dia ini ahli UMNO seumur hidup wal hal daftar pun entah bila sementelah pula yuran ahli entah bila dia bayar pun dia pun tak tahu........ wallah hu a'hlam

http://pejuang-rakyat.blogspot.com
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List