Maklumat Rafizi datang dari UMNO sendiri?

on Nov 12, 2012



Image


 Adakah benar – pendedahan Rafizi Ramli yang semakin banyak datang dari UMNO sendiri? Menurut pandangan seorang blogger popular – sewaktu bersembang dengan beliau semalam – beliau mendakwa, pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli datangnya dari UMNO sendiri dan lebih dahsyat lagi dari kepimpinan tertinggi UMNO dengan 2 motif utama – untuk mengekalkan tempat masing-masing tanpa persaingan dan untuk memastikan tempat dalam pilihan raya PRU 13 nanti.
Adakah benar ini berlaku. Adakah ini satu sabotaj dalaman yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO dan mereka sendiri menyampaikan maklumat kepada Rafizi Ramli untuk tujuan tertentu. Menurut beliau lagi, pendedahan yang dibuat oleh Rafizi itu berbayar dan ini amat menyedihkan sekiranya berlaku.
Adakah kepimpinan UMNO, baik bahagian atau dalam Majlis Tertinggi UMNO sekarang sebok menentukan tempat dan adakah mungkin pendedahan ini adalah untuk membersihkan UMNO dan menunjukkan kepada rakyat bahawa transformasi politik sedang rancak dilakukan. Adakah benar tujuan pendedahan itu dibuat oleh UMNO sendiri adalah untuk mengeluarkan mereka yang usang dan degil dari melepaskan jawatan dan berundur dari politik. Sekiranya ini dilakukan maka – kesannya berbalik pada UMNO.
www.umno-reform2.com melihat sekiranya pendedahan ini adalah untuk mengenepikan saingan dan berebut tempat dalam PRU 13 nanti maka UMNO akan berhadapan dengan kesukaran sewaktu pilihan raya dan lebih buruk lagi apabila UMNO berhadapan dengan PAU – perhimpunan Agung UMNO nanti.


CATATAN ANUAR MOHD NOR

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List