Seorang Peserta 1Malaysia Bike Week Meninggal Dunia Terlibat Kemalangan

on Nov 12, 2012





SEREMBAN, 12 November - Seorang peserta yang menyertai konvoi 1 Malaysia Bike Week di Putrajaya semalam telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Tuanku Jaafar setelah terlibat kemalangan di Nilai jam 2 petang semalam.

Arwah, Rostam Bakar dalam perjalanan pulang ke Masai Johor setelah selesai Majlis Penutupan 1 Malaysia Bike Week yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak awal tengah hari semalam telah terjatuh sendiri di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) kawasan Nilai.

Menurut ahli keluarga arwah, Abdullah Mohd Shaikh, "arwah merupakan peminat motosikal besar akan menyertai apa sahaja aktiviti melibatkan sukan bermotor. Arwah tidak sedarkan diri dari semalam setelah terjatuh petang semalam."

"Jantung Arwah telah berhenti berdenyut sekitar jam 3 petang tadi. Malam tadi doktor beritahu bahawa badan arwah sudah tidak terima darah masuk kedalam badan. Arwah menghembuskan nafas terakhir jam 3.30 petang tadi selepas 20 minit jantungnya gagal berfungsi."katanya

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Eksekutif Superbikers Association Malaysia (SAM) yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut hadir melawat mangsa di Hospital Tuanku Jaafar malam tadi.

Arwah yang berasal dari Masai, Johor meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. Jenazah akan dibawa ke kampung halaman di Masai, Johor dan dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan Kg Kopok malam ini.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List