Nazmi Faiz Manzur Sumbat Gol Pertamanya di SC Beira-Mar

on Nov 1, 2012





Bekas pemain Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor terus cemerlang di Portugal apabila dia membantu pasukannya skuad renaja SC Beira-Mar memenangi satu perlawanan liga pada hari Sabtu lalu.

Midfielder lincah yang berasal dari Keramat itu turut menjaringkan satu gol yang pertama untuk kelab itu. Dia turut membantu rakan sepasukan iaitu Ricardo Tavares m menyumbat gol ke dua untuk membenam kelab Academico de Ciseu dengan jaringan 2-0.

Dengan kemenangan itu, Beira-Mar kini memimpin Liga Bahagian Dua Portugis Bawah-19 dengan 19 mata. Pasukan itu mendapat enam kemenangan dan satu seri setakat ini.

Luis Antonio, jurulatih Nazmi di kelab itu, memberikan ulasan positif kemajuan pemain tengah itu di Portugal selepas perlawanan.

"Beliau telah bertambah baik. Saya percaya dia mempunyai masa depan yang baik di sini, "katanya kepada laman web rasmi Beira-Mar.

Nazmi kini menunggu peluang yang bermain dengan pasukan pertama dalam perlawanan akan datang berikutan prestasi beliau yang memberansangkan dengan skuad dengan muda itu.


yahoo

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List