Kalau tak menipu, maka bukan UMNO namanya.

on Feb 18, 2013









Pembohongan terbaru datangnya dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, merangkap Naib Presiden UMNO, yang menuduh DAP tidak menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti yang diarahkan sebelum ini.

Sedangkan laporan yang diperlukan itu sudah pun dihantar oleh DAP kepada ROS pada 8 Februari lalu, sekali gus membuktikan Hishammuddin telah tidak bersikap profesional dan menipu.

Menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai satu pembohongan, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, bahawa DAP telah menghantar semua dokumen yang diperlukan kepada ROS.

“Saya sendiri pergi bersama pegawai saya dan serahkan borang dan dokumen yang diperlukan itu melalui kaunter dan ia telahpun dicop terima. Kita telah hantar seminggu lebih awal sebelum cuti tahun baru Cina.

“Pihak DAP amat berdukacita dengan kenyataan Hishammuddin ini telah merosakkan imej dan kredibiliti parti di mata umum. Dia adalah menteri yang tidak profesional,” katanya.

Justeru, Loke mempersoalkan sama ada kesungguhan Hishammuddin serta para pecacai UMNO-BN yang sanggup berbohong itu merupakan satu konspirasi untuk membatalkan pendaftaran DAP.

“Kita ada bukti kita dah hantar. Adakah ini satu konspirasi oleh Barisan Nasional untuk pastikan DAP dibatalkan pendaftarannya?

“Kita tak ada masalah untuk ROS siasat. Tapi bagaimana kita boleh bergantung kepada ROS jika mereka pun tidak profesional? Inimembimbangkan kita sama ada kita akan dilayan dengan adil,”ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Tambah beliau, sekiranya isu ini timbul akibat kesilapan pegawai ROS, ia adalah urusan dalaman mereka dan menteri perlu bertindak jika pegawai itu bersalah.

Menurut Loke, antara dokumen yang telah diserahkan kepada ROS ialah dua salinan minit mesyuarat agung, dua salinan Borang 9, dua salinan penyata kira-kira parti bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan tiga salinan senarai nama-nama Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat (CEC) bagi tahun 2012 dan 2015.

Loke juga hairan mengapa Hishammuddin serta UMNO-BN rakus dalam soal teknikal DAP sedangkan bersikap takut-takut apabila Malaysia berada dalam keadaan bahaya di mana segerombolan pendatang asing bersenjata telah menceroboh masuk ke Sabah.

“Beliau (Hishammuddin) patut bagi perhatian kepada isu yang berlaku di Lahad Datu di mana 100 orang pendatang asing menceroboh kedaulatan negara kita. Tapi nampaknya beliau lebih bagi perhatian terhadap pemilihan DAP,” katanya.

Turut bersama beliau dalam sidang media hari ini ialah Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Vincent Wu Him Ven. – Roketkini.com



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List