BN AKAN TERLEPAS KERUSI LABUAN...?

on Apr 29, 2013




SUNYI ......Markas BN di Ganggarak seperti berkabung kerana kemeriahan pilihanraya tidak begitu terasa disebabkan pemimpin veteran diketepikan Calon BN yang terlalu taksub dengan semangat parokial yang tinggi.

HANYA tinggal tidak sampai satu minggu lagi rakyat Labuan akan turun untuk menunaikan tanggung jawab mereka memilih Ahli Parlimen Baru bagi menyumbang satu kerusi ke Putrajaya; UMNO Labuan terus dibelenggu krisis dalaman kerana pilihanraya semakin hambar disebabkan Calon BN, Rozman Haji Isli terlalu rasis dan mengamalkan semangat parokial yang terlalu tinggi.

Tinjauan Sabahkini.net di sekitar beberapa Pusat Mengundi di Labuan mendapati seolah-olah 'berkabung' dan dapat merasai karier politik Rozman bakal berakhir pada PRU-13 kerana rakyat kebanyakan semakin tertarik kepada calon korporat PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin.

Dengan penarikan diri Calon PAS, Hadnan Mohamad, kem Pakatan Rakyat menerima lonjakan semangat dengan sokongan DAP dan berpaling tadahnya masyarakat Cina daripada menyokong BN; merupakan malapetaka paling malang bagi kerusi yang semakin panas ini.

Ketaksuban Rozman dan sifat individualistik yang tumbuh dalam dirinya mula membakar secara perlahan dan menimbulkan kejengkelan di kalangan para pengundi yang melihat seolah-olah Rozman tidak memerlukan undi mereka untuk menang.

Bukan lagi rahsia, kempen Rozman berkiblatkan dan mendewa-dewakan kepentingan suku kaumnya, Kedayan telah menghiris luka hati suku Kaum Brunei, yang membentuk komposisi terbesar di Labuan.

Entah disebabkan sibuk atau syok berkempen untuk diri sendiri, Rozman seolah-olah melupakan terus para pengundi di PDM Patau Patau 1, Patau Patau 2, Ranca Ranca Laut, Ranca Ranca Darat, Bebuloh Laut, Bebuloh Darat, Kg Gersik dan Saguking, Ganggarak, Lubok Temiang, Batu Manikar, Nagalang, Batu Arang, Sg.Keling, Sg Bedaun dan sebagainya yang merupakan kawasan Majoriti Melayu Brunei.



Anwar di Labuan, Sabtu 27/4/13

Rozman mungkin lupa bahawa di kebanyakan kampung Kedayan, Suku Brunei membentuk sekurang-kurangnya 30 sehingga 40 peratus; malangnya di kebanyakan kampung tersebut Suku Brunei lebih banyak dari Suku Kedayan.

Sikap ego dan besar kepala yang ditunjukkan Rozman semakin ketara apabila beliau secara peribadi enggan membenarkan Mantan Ahli Parlimen, Datuk Abduk Mulok Awang Damit, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Datuk Yusof Mahal berceramah dan berkempen; sebaliknya menggunakan tenaga muda 'Kedayan' yang langsung tidak berpengalaman, terutama Majlis Belia Labuan, NGO yang nyawa-nyawa ikan.

Embargo terhadap Mulok, Suhaili dan Yusof menunjukkan Rozman mempunyai agenda peribadi dan seolah-olah dikongkong oleh pemimpin berhaluan kiri dalam UMNO Labuan, terutama Haji Bashir dan Mohd Raffe.

Usaha Sabahkini.net untuk menghubungi Mulok, Suhaili dan Yusof masih tidak berjaya; manakala Rozman enggan melayani panggilan Sabahkini.net yang disifatkan cuba mensabotaj kempen beliau.

Dalam pada itu, para pemerhati politik di Labuan yakin Rozman akan tewas di tangan Ibrahim yang semakin meraih sokongan, ekoran Ketua Cawangan dan Ketua Kampung semakin menjeruk hati kerana Rozman tidak langsung memerlukan khidmat mereka untuk berkempen.

Sikap Rozman mengenepikan pengundi berusia 45 ke atas amat bahaya kerana golongan tersebut membentuk lebih daripada 40 peratus daripada polarisasi pengundi Labuan yang selama ini penyokong tegar BN; berbanding dengan belia yang kurang komited terhadap parti dan sering meremehkan tugas untuk mengundi.

Untuk rekod, terdapat 24,457 pengundi berdaftar di Labuan termasuk 1,500 pengundi Pos; masing-masing Melayu 9,604 orang (39.27 peratus); Cina 5,670 orang (23.18 peratus); India 353 orang (1.44 peratus); Bumiputera Sabah 7,717 orang (31.55 peratus); Bumiputera Sarawak 424 orang (1.74 peratus) dan Kaum Lain 687 orang (2.80 peratus); lebih 45 peratus daripadanya generasi muda yang celik IT.

Dalam keadaan yang semakin meruncing, dengan sokongan yang tidak menentu; para penceramah hingusan yang dijemput berceramah di Majlis Kempen BN Labuan; gagal mematahkan isu yang dibawa oleh Pembangkang di Labuan; bagaikan ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi bontot penuh tahi.

Tidakkah pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan dan Perdana Menteri sedar bahawa senario yang berlaku di Labuan ini bakal mengulangi apa terjadi di Sungai Siput Perak apabila tokoh ternama seperti Samy Velly kecundang kerana terlalu yakin sehingga membelakangkan peranan partisan lain yang akhirnya menyebabkan UMNO akan kehilangan kerusi Labuan disebabkan calon 'hingusan' yang berlagak seperti 'RAMBO' di layar perak!



Oleh : MUTALIB M.D

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List