Tamrin Ghafar Kata Calon Bebas Pro-UMNO Akan Sokong Pakatan

on Apr 29, 2013






Sebahagian daripada 61 calon Bebas dan pemimpin Umno yang tidak dinamakan sebagai calon BN pada PRU13 kali ini, didakwa sedang melakukan perbincangan secara serius untuk menyokong calon-calon daripada Pakatan Rakyat di Parlimen dan Dun tempat masingmasing.

Perkara ini didedahkan oleh anak negarawan Tun Ghafar Baba, Dato’ Tamrin Tun Ghafar dalam sidang medianya bersama bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Muhd Taib di Pusat Media PRU13 PAS, Pejabat Agung, dekat sini, 23 April lalu.


Tamrin yakin, hasil tindakan 61 ahli dan pemimpin Umno yang memilih untuk bertanding atas tiket bebas akan menyebabkan banyak kerusi Parlimen yang dijangka akan dimenangi BN akan kecundang.

Beliau berkata, perbualannya dengan beberapa pemimpin senior Umno yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno yang tidak dicalonkan, tergambar kekecewaan rasa kecewa mereka dengan tindakan Najib Tun Razak yang meletakkan calon yang tidak mempunyai rekod bersih.

Tamrin yang menyertai PAS pada 2012 lalu, mengingatkan ahli-ahli dan penyokong Umno terutama orang Melayu di luar bandar agar tidak terpengaruh dengan isu perkauman yang sering dimainkan pemimpin mereka dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar mereka tidak beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Tegasnya lagi, pemimpin Umno-BN sering memomokkan kepada penyokongpenyokongnya bahawa DAP merupakan parti yang tidak boleh dipercayai dan sebuah parti anti Melayu.
“Saya amat kesal dengan tindakan seperti ini. Negara kita sudah ‘matang’ dan tidak seharusnya keluar kenyataan seperti ini.

“Saya ingin membuat perbezaan antara MCA dan DAP. MCA yang ditubuhkan pada 1951 sehingga hari ini tidak pernah sekalipun membenarkan bangsa atau parti lain dibenarkan bertanding atas tiket MCA.
“Sebaliknya DAP yang ditubuhkan pada 1966 dengan pelbagai kaum, tidak kurang daripada 55 orang Melayu bertanding atas tiket DAP. Malah pada PRU13 ini juga DAP memperkenalkan tokoh-tokoh Melayu bertanding,” katanya lagi.

Tamrin melihat momokan ini sering dilaungkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mempengaruhi rakyat agar tidak berpaling dan terus memberi sokongan padu kepada Umno-BN.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List