ISTERI PI BALA DEDAH CUBAAB MEMBELI PENGAKUAN BERSUMPAH

on Apr 30, 2013




isteri mendiang P Balasubramaniam

bahagian 1



bahagian 2








Hampir lima tahun selepas meninggalkan negara ini, balu kepada bekas penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam, A Santamil Selvi, akhirnya memberikan wawancara pertamanya kepada media.

Menurutnya, beliau didorong mengambil langkah itu selepas menerima panggilan telefon individu tidak dikenali yang menawarkan wang dan peluang pendidikan untuk anak-anaknya sebagai pertukaran dengan "bukti" bahawa PKR membayar suaminya untuk membuat kenyataan bersumpah.

Ini berlaku setelah baru sahaja terdapat SMS palsu disebarkan bulan lalu yang mendakwa beliau akan mengadakan sidang media bagi mengisytiharkan suaminya dibayar oleh peguam, kata Selvi kepada Malaysiakini dan KiniTV pada Jumaat lalu.



"Selepas Bala meninggal, mereka buat tawaran dan saya tak boleh terimanya. Ini sebabnya saya beri wawancara ini. Sebelum ini, saya tak pernah fikir untuk diwawancara, tetapi saya tak boleh terimanya lagi," katanya merujuk kepada gangguan berterusan itu.

"Ini sebabnya kenapa saya mahu beritahu rakyat apa sebenarnya berlaku pada saya," kata Selvi sambil menegaskan suaminya tidak dikuasai sesiapa pun.

Lima tahun lalu, Selvi juga tidak menyangka apa yang berlaku apabila melihat suaminya muncul di kaca televisyen pada 3 Julai 2008.

Bala, pagi itu, memanggil sidang akhbar di ibu pejabat PKR dan mengumumkan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.



lagi kisah nya kat sini

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List