Sekitar PENAMAAN CALON Pakatan Rakyat DI MUAR

on Apr 20, 2013



 Sebelum berarak ke pusat pencalonan, bacaan doa dibaca bagi permudahkan segala urusan. Kelihatan calon muda PKR di Parlimen Muar, Sdr Nor Hizwan Ahmad (berbaju melayu biru muda), calon PAS Dun Maharani Dr Mohammad Tasli (berbaju melayu kuning keemasan), dan calon PAS Dun Sungai Balang Sdr Malik Mohamad Diah (berbaju melayu hijau) sedang mengaminkan doa.


Para penyokong Pakatan Rakyat sudah berkumpul di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar sejak seawal jam 7.00 pagi. Kelihatan para penyokong sedang berkumpul selepas melakukan sunat hajat bersama-sama calon PR yang bertanding.

Calon-calon Pakatan Rakyat berarak ke Pejabat Daerah Muar untuk proses penamaan calon bersama para penyokong.

Sdr Nor Hizwan Ahmad dan Dr Mohammad Tasli sempat melayani permintaan penyokong untuk mengambil gambar sebelum menghantar borang pencalonan.

Para penyokong Pakatan Rakyat yang berbilang bangsa bersemangat menantikan pengumuman SPR untuk mengesahkan pencalonan.

Selepas SPR menerima dan mengesahkan borang-borang pencalonan calon-calon Pakatan Rakyat, doa sekali lagi dibacakan memohon kemenangan pada PRU-13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini.

Tidak semua anggota polis mengangkat tangan ketikan doa dibaca, namun tidak pula kepada anggota polis ini yang turut sama-sama mengaminkan doa. Alhamdulillah.

Salah seorang penyokong mengucapkan ucapan tahniah kepada Sdr Nor Hizwan Ahmad selepas kembali dari pusat penamaan calon.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List