ANWAR DI SEREMBAN

on May 1, 2013





























Pergh!!!! Paling kurang 20,000 rakyat Seremban, Negeri Sembilan dari pelbagai kaum, tua dan muda telah turun berhimpun di Pusat Betaria, Jalan Siamang Gagap Seremban, Negeri Sembilan, malam tadi 30hb April 2013.

Para penganjur memaklumkan bahawa pihaknya telah cuba nak menempah Padang MPS tetapi pihak Majlis Perbandaran Seremban  enggan sewakan, begitu juga dengan Stadium Negeri Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban,  pun tidak dibenarkan, maka tiada pilihan terpaksa juga cari tempat kosong yang berkedudukan dalam DUN Ampangan.

Punyalah sesak dan padat dilokasi ceramah sehingga melimpah kedua belah jalan.

Kenderaan terpaksa diletakkan 1km dari kedua arah...Laungan reformasi..Ini kalilah.. Ubah..lawan tetap lawan, sering dilaungan...Cukup meriah dan bersemangat sekali...Memperlihatkan kesungguhan rakyat Negeri Sembilan secara keseluruhannya mau melakukan perubahan...Mood perubahan cukup tebal dan pekat sekali.

Apa yang pasti perhimpunan malam tadi sudah cukup membuat Najib dan seluruh pimpinan UMNO/BN gusar dan tidak bermaya...HARI UMNO UNTUK MENJADI PEMBANGKANG SUDAH HAMPIR TIBA.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List