Ayah Saiful hadapi tekanan kuat dari Umno

on May 1, 2013




Beberapa hari sebelum ini, ayah Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mat Lazim (gambar)telah menghubungi Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul dan menyatakan beliau menghadapi tekanan yang sangat kuat dari Umno.

“Tekanan ini turut dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin ‘penarikan balik’ pengakuannya ini adalah natijah dari tekanan ini.

“Saya ingin merujuk di sini kepada laporan media oleh En Azlan Mat Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari,” ujar Johari dalam satu kenyataan.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media yang menyebut bahawa Azlan menarik balik mohon maaf yang dibuatnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut mengumumkan dirinya keluar dari PKR dengan serta merta.

“Kami ingin menjelaskan di sini bahawa Encik Azlan Mat Lazim tidak pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat. Permohonannya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat belum pun diluluskan.

“Saya juga ingin menjelaskan di sini, bahawa Azlan Mat Lazim yang meminta untuk bertemu kami dan bukan sebaliknya,” jelas Johari lagi.

Beliau menjelaskan, Azlan dengan sendiri telah menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.

Menurutnya, perkembangan sebegitu bukanlah sesuatu yang luar biasa terutama di musim pilihan raya, apatah lagi modus operandi sebegini sudah sinomim dengan muslihat politik Umno.


kisah nya kat sini


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List