Raja Azmin dihimpit kontroversi lagi...!

on Jun 7, 2013


Raja Azmi

KEMELUT melibatkan penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dan seorang pendatang baru dalam industri seni, Adam Davin, 25, memasuki episod baru, apabila Raja Azmi mengadakan sidang media kelmarin dan turut membawa bersama individu pernah ditipu Adam.

Adam kelmarin menerusi kenyataannya pada sebuah akhbar dan stesen televisyen mendakwa dia telah difitnah Raja Azmi setelah dia batalkan hasrat untuk melabur dalam filem terbaru Raja Azmi iaitu Anak Ikan.

Adam atau nama sebenarnya Davinder Singh Gurchan Singh adalah pelakon dicanang sebelum ini untuk menjayakan watak utama filem itu.

Menegaskan sidang media tersebut bukan untuk mengaibkan Adam, Raja Azmi berkata, dia amat berharap Adam berhenti daripada terus menjaja namanya dan berhenti menipu orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

"Saya mengenali dia menerusi laman sosial Instagram. Adam yang terlebih dahulu perkenalkan diri kepada saya dan menyatakan hasrat bapanya yang ingin melabur RM500,000 dalam filem Anak Ikan. Tetapi dengan syarat dia ditawarkan watak utama.

"Ketika itu bagi saya, jika benar ada pihak mahu bantu, saya akan terima dengan baik memandangkan kini saya berstatus ibu tunggal. Sebelum ini jika saya mahu terbitkan filem, bekas suami saya (Jailani Sidek) yang akan bantu.

"Dia juga memberitahu saya, dia adalah pemilik kedai Gulatis di Wangsa Walk dan juga merupakan anak kepada pemilik gedung kain terkemuka, Jakel.

"Malah Adam juga pernah berjanji mempertemukan saya dengan bapanya bagi membincang filem itu sebanyak dua kali tetapi terbatal," jelasnya dalam satu sidang media di RK Recipe & Cafe, Taman Melawati, semalam.

Menurut Raja Azmi, bagaimanapun selepas itu, dia menyedari lelaki tersebut adalah penipu selepas dia menerima banyak maklum balas daripada pengikut di Instagramnya.

Sejak itu, beliau terus menyekat akaun Adam daripada Instagramnya malah tidak lagi menjawab panggilan telefon lelaki tersebut.

"Sudahlah dia menipu orang dan turut menjaja nama saya termasuk adakan sesi pencarian bakat untuk filem Anak Ikan tanpa pengetahuan saya. Kemudian dia kata saya fitnahnya pula.

"Ini betul-betul satu tamparan buat saya kerana seumur hidup, saya tidak pernah fitnah orang," jelasnya sebak.

Dalam pada itu, Raja Azmi berkata selepas dia menulis mengenai perbuatan Davin tersebut dalam Instagram miliknya, ramai individu turut berkongsi menjadi mangsa ditipu.

“Sekarang ini, semua mangsa telah buat laporan polis, begitu juga dengan saya. Bayangkan dalam masa dua bulan, 10 orang tampil mengakui ditipu Adam. Sekarang kami harap Davin segera ditangkap kerana terdapat banyak bukti mengenai penipuannya itu,” tegasnya.

Antara mangsa yang hadir ialah  tertipu gara-gara urusan pembelian telefon bimbit, pemilik butik Kos Serani (butik baju yang dipinjam Adam untuk ABPBH lalu) dan wakil dari outlet Gulatis Wangsa Maju.

Dalam pada itu Raja Azmi berkata, meskipun dia berdepan kontroversi ini, perancangannya untuk menerbitkan filem Anak Ikan tetap akan diteruskan.

“Bajet keseluruhan filem ini lebih kurang  RM900,000. Saya akan tetap teruskan projek filem ini. Pelakonnya terdiri daripada pelakon lama dan baru. Kita akan adakan uji bakat bagi cari pengganti Adam Davin juga untuk pelakon lain," katanya.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List