Pesawat AirAsia terkeluar landasan di Filipina

on Dec 30, 2014




Pesawat AirAsia Z272 terkeluar landasan selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo, Filipina.
 
Beberapa penumpang menyiarkan gambar A320 Airbus yang dilihat terletak di atas rumput dan bukan di landasan.
 
Seorang penumpang, Jet Damazo Santos, berkata penumpang terpaksa turun dari pesawat dengan menggunakan gelongsor kecemasan.
 
"Tiada ada yang nampak cedera. Cuaca buruk... Pesawat berhenti secara mendadak.
 
"Enjin dimatikan serta-merta. Kami diminta meninggalkan beg dan turun secepat mungkin.
 
"Kereta bomba telah menunggu. Nampaknya ia ditangani dengan baik," katanya dalam satu siri posting Twitter.
 

Santos berkata sebelum itu, pesawat Cebu Pacific Air juga tidak dapat mendarat di lapangan terbang, menyebabkan penerbangan AirAsia itu tertangguh selama dua jam.
 
Menurut portal FlightRadar24, pesawat itu berlepas dari Manila pada jam 4.58 petang dan mendarat di Kalibo pada jam 5.41 petang.
 
AirAsia terbang di bawah nama AirAsia Zest di Filipina.
 
Insiden itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat di kalangan pengguna perkhidmatan udara selepas pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada hari Ahad.
 
Awal hari ini, pesawat AirAsia Thailand FD3254 ke Khon Kaen berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok selepas juruterbangnya mengesan "bunyi pelik".
 
Bagaimanapun jurutera tidak mengesan sebarang masalah teknikal dan pesawat itu dibenarkan menyambung semula penerbangan ke destinasinya.

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List