Membeli Undi dan Pengundi Luar

on Apr 26, 2013





I. Ancaman dan keganasan terhadap pekerja Pakatan Rakyat, Pemantau dan sukarelawan pertubuhan awam semakin menjadi-jadi. Lebih dari 400 aduan polis telah dibuat. Pembelian undi dan rasuah adalah berleluasa. BN amat risau mereka akan tewas dan sedang menggelabah membeli undi dengan hadiah, wang dan baucer wang, dari RM50 di Pulau Pinang ke RM1000 di Sabah. Kita ada bukti video dan ini akan dikeluarkan dalam sikit hari lagi.

II. Dalam suatu lagi repot dan analisis keatas Daftar Pengundi yang akan dikeluar sikit masa lagi, terdapat beberapa penemuan yang menggemparkan. 28,593 pengundi berdaftar adalah orang Indonesia, Filipina, Pakistan dan Bangladesh – mereka yang dari negara-negara yang membekalkan kebanyakan dari pekerja asing di Malaysia. Sabah sahaja mempunyai 15,907 pengundi berdaftar kebanyakannya dari Filipina dan Indonesia. Selangor adalah kedua terbesar dengan 4,324 pengundi asing.

Kebanyakan pengundi asing ini akan mengundi di Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur. Kawasan pilihanraya parlimen dengan jumlah terbesar mereka ini termasuklah Silam, Kibaran, Kelabakan, Sepanggar dan Tawau.

Apa yang lagi merisaukan ialah 16,589 dari pengundi asing ini diberikan “Kod Negeri” Sabah (ia-itu lahir di Sabah) walaupun mereka adalah dari Indonesia atau Filipina. Malah terdapat 42 pengundi asing dari Filipina, Indonesia dan Pakistan yang didaftarkan sebagai “Pengundi Pos” didalam Tentera dan Polis.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mesti menerangkan serta-merta kenapa terdapt beribu-ribu pengundi asing dalam Daftar Pengundi dan kenapa sesetengah dari mereka diberi Kod Negeri tempatan dalam kad pengenalan mereka, dan bagaimana ada yang berdaftar sebagai Pengundi Pos dalam Tentera dan Polis.

III. Pengundi Sabah khususnya dan Malaysia amnya telah tertipu keatas hak demokrasi mereka. BN masih berlengah-lengah lagi tentang bagaimana hendak selesaikan masalah “Projek IC” yang mereka sendiri ujudkan. Bagi Pakatan adalah jelas, kami akan mengarahkan SPR untuk membersihkan Daftar Pengundi dalam masa 100 hari pertama dalam kerajaan.

Saya menyeru semua pengundi yang sah agar keluar pada 5 Mei dan mengundi. Jangan biarkan mereka yang telah korupkan sistem demokrasi kita merampas demokrasi ini dari kita. Kita mesti pertahankan hak kita sebagai rakyat Malaysia.




Kenyataan Media
25 April 2013

Anwar Ibrahim







Photobucket

Bye-Bye Najib

on




Tinggal 9 hari lagi menjelang hari pengundian, kajiselidik persepsi terbaru oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcede) menunjukkan BN dan Pakatan Rakyat bersaing rapat dan masing-masing dianggarkan mendapat 40 peratus sokongan rakyat.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Mohd Redzuan Othman (kanan) berkata perbezaan antara BN dan Pakatan dalam kajiselidik yang dijalankan antara 4 April - hari Parlimen dibubarkan - sehingga Sabtu lalu, hanyalah 5 peratus.

Bagaimanapun, Redzuan tidak mahu mendedahkan siapakah yang mendahului atau peratusan sebenar yang diperolehi dalam kajian Umcedel yang sebenar.

Menurutnya, peratusan pengundi yang belum membuat keputusan telah berkurangan daripada 21 peratus pada bulan Mac kepada 9 peratus pada bulan ini.

Katanya, pengundi Cina, yang sebelum ini merupakan majoriti dalam kumpulan 21 peratus itu, kebanyakannya telah memutuskan siapa yang hendak diundi.

Redzuan percaya pengundi yang belum membuat keputusan akan menurun kepada sifar peratus pada hari pengundian nanti.

Katanya, mereka akan didorong oleh beberapa hari terakhir kempen, sepertimana yang dilihat berlaku dalam pilihan raya umum 2008, di mana empat hari akhir kempen yang aktif oleh pembangkang telah mengakibatkan berlakunya tsunami politik pada 8 Mac.

Kajiselidik selama 18 hari itu merangkumi 1,407 responden di Semenanjung Malaysia sahaja. Mereka merupakan pengundi pelbagai peringkat umur dan tidak membabitkan pengundi di Sabah dan Sarawak.

Kajian ini telah dilakukan melalui temubual dengan responden, yang setiap satu memakan satu selama 30 hingga 45 minit.

Redzuan berkata terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi
pola pengundian pada 5 Mei. Hujan lebat pada waktu petang bermakna ramai yang tidak menghadiri sesi ceramah tetapi sebaliknya mendengar radio atau menonton televisyen.-Malaysiakini.Baca semua di sini.

Ada org sms macam ni kat saya;
Bubar parlimen RABU-Rakyat Akan Buang Umno 
Hari penamaan calon SABTU-Semua Akan Bersatu Tolak Umno 
Hari mengundi AHAD-Adalah Hari Akhir Datuk Najib
Tarikh mengundi 5-5-2013-Maka 55 tahun Umno-BN memerintah,2013 tahun Terakhir ..!:-)


Jika anda ada sakit jantung jangan tonton TV3,RTM1 & 2 yang dikawal regim yang lanjut usia.Biarkan regim tua ini membohongi bahawa regim tua Umno-BN masih kuat dan gagah. Hanya ada satu saja cara yang dapat selamatkan BN dalam pru 13 ini..... menipu dalam pilihanraya.

Kajian UM menunjukkan pengundi cenderung ke manifesto Pakatan-M'insider



Photobucket

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

on






Tuan Guru Dato' Dr Haron Din bersama-sama mengangkat tiang untuk menaikkan bendera PAS di puncak Gunung Medan di Perlis semalam .. 


Jika kemenangan saya di dalam pilihanraya ini adalah satu kebaikan kepada agama saya, kepada diri saya, masa saya yang sekarang ini ataupun masa depan saya, maka saya inginkan kemenangan itu.

Maka jika kemenangan saya membawa keburukan kepada agama saya, diri saya, masa saya yang kini mahupun masa depan yang mendatang sehingga ke akhirat, maka jangan berikan saya kemenangan itu. (Tuan Guru Dato' Dr Haron Din - 8 April 2013, Bandar Baru Bangi)


Photobucket

Peguam Percuma Untuk Kakitangan Awam Yang Dikenakan Tindakan Disiplin Kerana Menghadiri Ceramah Pakatan......UMNO BN Sedang Kelemasan.

on



INI KALI LAA....

PAS hari ini memberikan jaminan akan membela kakitangan awam yang dikenakan tindakan disiplin kerana menghadiri program calon pembangkang.

Di dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“PAS hari ini memberi jaminan kepada mereka yang teraniaya, terutamanya 
kakitangan awam yang diambil tindakan disiplin kerana mendengar ceramah dan menyertai program calon PAS P-125 Putrajaya Datuk Husam Musa dan mana-mana calon Pakatan Rakyat yang lain, akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS/Pakatan Rakyat,” tegas Mustafa dan Tuan Ibrahim.


PAS, kata mereka, mendapat laporan bahawa ramai kakitangan awam dikenakan pelbagai ugutan dan tekanan oleh  Ketua Jabatan masing-masing dan ahli politik BN kerana menghadiri ceramah dan program calon parti pembangkang.

Mustafa dan Tuan Ibrahim turut berkata politik kotor dan peras ugut sedemikian harus dihentikan segera.

“Rakyat dan kakitangan awam berpeluang menamatkan semua ini dalam 10 hari akan datang. Undilah dengan bijak dan undilah untuk perubahan demi Malaysia yang lebih demokrasi dan makmur,” tambah mereka.

KENYATAAN MEDIA

Pasukan Guaman PAS akan bela sesiapa yang diambil tindakan disiplin kerana menghadiri ceramah Datuk Husam Musa

PAS mendapat laporan bahawa ramai kakitangan awam dikenakan pelbagai ugutan dan tekanan oleh  Ketua Jabatan masing-masing dan ahli politik BN kerana menghadiri ceramah dan program calon Pakatan Rakyat.

PAS hari ini memberi jaminan kepada mereka yang teraniaya, terutamanya kakitangan awam yang diambil tindakan disiplin kerana mendengar ceramah dan menyertai program calon PAS P-125 Putrajaya Datuk Husam Musa dan mana-mana calon pembangkang yang lain, akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS/Pakatan Rakyat.

Politik kotor dan peras ugut sedemikian harus dihentikan segera. Rakyat dan kakitangan awam berpeluang menamatkan semua ini dalam 10 hari akan datang.

Undilah dengan bijak dan Undilah untuk perubahan demi Malaysia yang lebih demokrasi dan makmur.




Photobucket

Ceramah Pertama Bekas NC Universiti Pertahana Di Datuk Keramat

on




Bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir Ismail Samion akan menyampaikan ceramah sulungnya di Datuk Keramat malam ini selepas menyertai PAS pagi tadi.

Beliau akan berceramah bersama calon PAS P119 Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada jam 9.30 malam ini.

Ismail menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut pagi tadi dengan disaksikan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar.

Ismail merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan).

Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.

Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan Nasional pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama. 

Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA.



Photobucket

BN Gelabah, Jelas Putrajaya Dah Goyang

on







Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.

Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu  Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.

Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

(Orang ramai yang memenuhi ceramah Husam di Putrajaya)

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.
Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.

(Lim Kit Siang di Gelang Patah)

“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan.

"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan berseloroh.

Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini.



Photobucket

Ustaz Azhar Idrus - INI KALILAH

on







Photobucket

Kamilia tampil mohon maaf

on



Kamilia Ibrahim


Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, semalam, tampil memohon maaf atas tindakannya bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
Menerusi video yang dihantar kepada media, Kamilia turut menjelaskan alasannya bertanding atas tiket Bebas kerana beliau tidak dipilih sebagai calon oleh parti.
“Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya jadi calon Bebas kerana tidak dipilih dan diberi watikah pencalonan oleh parti yang saya anggotai.
“Mengikut sistem demokrasi negara ini, saya boleh menawarkan diri sebagai calon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan bertanding di kerusi Parlimen agar dapat memperjuangkan hak wanita dan mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini.
Dalam pada itu, Kamilia juga yakin akan mendapat sokongan pengundi di Kuala Kangsar.
“Saya faham masalah penduduk Kuala Kangsar kerana sering turun padang sejak tujuh tahun lalu. Fakta ini dapat membantu saya dalam PRU13 ini,” katanya.
Kamilia merupakan antara 58 ahli Umno yang dipecat daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Beliau akan menentang calon Pas, Dr Khalil Idham Lim Abdullah dan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad.




Photobucket

MAHATHIR KATA UMNO SUDAH LUMPUH

on








Inilah akibat nye dari operasi cantas mencantas oleh tangan ghaib dalam kepimpinan atasan UMNO. 61 orang yang tersenarai di atas ni adelah hasil dari cantasan yang telah dilaku kan oleh kumpulan2 yang ber musuh musahan yang tercetus semase pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Bedawi.

Ketike itu bebagai bagai perkare buruk mereke lakukan terhadap Abdullah Bedawi dan menantu nye. Permusuhan ini sampai ke kemuncak nye apebile Khairy Jamaluddin berjaye merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Ketue kumpulan lawan nye yang sangat kecewe dan marah sehingge sanggup keluar meninggalkan UMNO yang pernah di sandang nye sebagai presiden.

Kebijaksanaan mantan PM ini telah berjaya menyahkan kumpulan Abdullah Bedawi dari berdamping rapat dengan Najib. Kejayaan nye yang paling istimewe ialah apebile die mampu masuk campur dalam hal pentadbiran UMNO dan juge negare. Beliau berjaye mempergaruhi PM Najib supaye mengikuti kehendak nye.

Sekarang sudah jelas dan nyate menantu mantan PM Abdullah Bedawi sudah jadi 'lone ranger'. Boleh di katekan hampir semue pengikut2 dan penyokong2 dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO dulu telah tercantas termasuk bape mertue nye sendiri.



SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE–13 


1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR

27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD

29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB

30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM

31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM

32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR

33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA

34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE

35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI

36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS

37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG

38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL

39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI

40. HUSSEIN BIN MUMAKIL

41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN

42. MAMAT BIN BALHANA

43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP

44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS

45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG

46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR

47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH

48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH

49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR

50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI

51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT

52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK

53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD

54. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA

55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL

56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN

57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF

58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA

59. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN

60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON

61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL



Photobucket

KAWAN LAMA SAYA KATA DR ASRI.....MANA CALON PKR TAK NAMPAK LAGI....?

on






Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ MAZA dengan secara tegasnya menafikan kononnya beliau menyokong calon UMNO/BN Parlimen P44 Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail ekoran dari beberapa media yang cuba buat spin kehadiran calon BN itu kerumahnya dan dilihat cuba terus buat satu sidang media demi batuan politik (political milage).

Harap penjelasan beliau ini akan mematikan apa jua dakyah mengenai sokongan beliau kepada calon UMNO/BN Permatang Pauh.

Kesiannnn.. UMNO... tak sempat nak spin dah kena tibai!!!!!



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List