CERAMAH RAFIZI DI PANDAN PERDANA DISERBU RIBUAN PENDUDUK

on Apr 25, 2013






Nampak gayanya rakyat Parlimen P100 Pandan, Selangor sudah bersedia dan tekad bulat mau memberikan undi mereka kepada calon PR Sdr Rafizi Ramli.

Ini berdasarkan kepada jumlah kehadiran ceramah PR di Pandan Perdana malam tadi.

Sambutan diberikan rakyat tempatan cukup mengkagumkan sekali... belum pernah dalam sejarah PRU seramai ini penduduk Pandan keluar untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh PR.. Ceramah anjuran UMNO/BN jangan cakaplah...Kehadiran sekitar ratusan orang saja.
 


Yang pasti kehadiran sebegini ramai kemungkinan besar akan diterjemahkan dalam bentuk undi..Dulu mungkin rakyat datang sekadar ingin tahu... Tetapi kini mereka hadir untuk tunjukkan sokongan padu.

Mesti Najib menyesal tak sudah kerana ikut selera Chua Soi Lek dengan tidak mencalonkan Ong Tee Keat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan!!!

omakkau




Photobucket

BN AKAN TUMBANG DI SEREMBAN...?

on



NONE

Kumpulan jentera BN di Seremban yang membantah pemilihan Datuk Dr Yeow Chai Tiam Chai sebagai calon mereka dilihat mula beralah apabila bahan kempen pilihan raya parti itu mula dikesan di bandar tersebut sejak dua hari lalu.

Tinjauan Malaysiakini di bandar ini hanya mengesan bendera BN dinaikkan selepas kempen masuk hari ketiga, di kawasan strategik seperti jalan yang menghubungkan plaza tol Seremban ke pusat bandar tersebut.

Jentera berkenaan bagaimanapun perlu bekerja lebih keras untuk menyaingi DAP – yang banyak memenuhi sudut utama di bandar tersebut dengan kain rentang dan wajah pemimpin parti DAP.

Antara yang menjadi perhatian adalah kain rentang dengan wajah calon parlimen Rasah, Teo Kok Seong, penyandang kerusi Bukit Kepayang, Cha Kee Chin, dan calon parlimen Seremban, Anthony Loke.

Antara bahan kempen BN lain yang dikessan adalah beberapa papan iklan gergasi dengan wajah menteri besar sementara, Datuk Mohamad Hassan di samping wajah perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak.

Ironinya, kedua-dua kawasan parlimen Rasah dan Seremban yang menjadi tumpuan penduduk bandar di ibu negeri tersebut merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Lima daripada enam kawasan DUN dalam parlimen Seremban dikuasai Pakatan dan hanya DUN Lenggeng dikuasai BN dalam pilihan raya umum 2008.
NONENamun DUN Lenggeng juga bermasalah bagi BN ekoran tentangan dari kalangan pemimpin Umno tempatan yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon sehingga ada di kalangannya bertanding sebagai calon Bebas.

Empat daripada lima DUN di bawah parlimen Rasah juga dikuasai DAP. Satu lagi DUN, Labu, dimenangi BN dalam pilihan raya tersebut.

Jika jumlah kehadiran peserta ke ceramah menjadi ukuran, DAP nampaknya lebih ke hadapan.
NONESeramai kira-kira 10,000 orang hadir ke ceramah anjuran parti tersebut di depan pasar besar Seremban pada malam Isnin lalu.

Jumlah hadirin tersebut memenuhi memenuhi keseluruhan kawasan tapak ceramah sehingga ke kaki lima jalan dalam keadaan hujan renyai.

Loke yang merupakan pengerusi DAP negeri berkata, kehadiran berkenaan menggambarkan keyakinan bahawa Pakatan bukan sahaja mampu menguasai Seremban dan Rasah, malah turut mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan.

"Ia petanda perubahan yang akan berlaku di Negeri Sembilan. Malam ini malam bersejarah kerana dalam masa 20 ke 30 tahun ini, inilah kali pertama kita adakan ceramah raksasa di depan pasar besar Seremban,” katanya dalam ceramah tersebut.
NONEPakatan bagaimanapun tetap perlu berwaspada di dua kerusi majoriti Melayu – DUN Sikamat dan DUN Ampangan yang dimenangi PKR dengan majoriti tipis pada 2008.

Sikamat dimenangi Aminuddin Harun dengan majoriti hanya 499 undi dan Ampangan pula dimenangi Rashid Latiff dengan majoriti 165 undi.

Beberapa bilik gerakan PKR di Ampangan juga dilaporkan ditutup ekoran bantahan terhadap pencalonan pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Penyandang kerusi Sikamat Aminuddin Harun kali ini perlu berdepan dengan calon muda dan jelita dari Puteri Umno, Wan Salwati Abdullah.




Photobucket

RUPANYA MEREKA INI SAHABAT BAIK...!

on





Dia tak hantar borang pencalonan kerana dia nak sekat legasi Tok Guru Nik Aziz. Ini kerana yang bertanding lawan dia di Pasir Mas ialah Nik Abduh. [Baca sini]

Nak sekat legasi Nik Aziz konon... Weh, katakan jer yang  mu tak leh menang di situ. Mungkin mamat ni dah sedor diri... yang dia tak nak kena 'sembelih' di Pasir Mas. Hahahaha... Brahing Ali dah nak sangat bertanding.... bertanding pi la. Pasti kena 'sembelih' wa cakap lu..

Entah-entah..... May be, kedua-dua katak dan mamat ni dah ada mutual agreement dan understanding... You kasi I laluan, I kasi you habuan?? Wallahua'lam... hanya Tuhan dan hanya empunya badan yang tahu.

Peliknyer, mamat ni konfiden yang legasi Tok Guru nik Aziz dapat disekat. Betul ke dapat disekat?? Boleh ke si katak pengkhianat ni  mengalahkan Nik Abduh?

Dia lupa ke yang si katak pengkhianat ni dulu bertanding atas belas ikhsan PAS dan dia menang dulu pun kerana rakyat Pasir Mas undi PAS. Maka jadilah dia YB PAS di situ sebelum dia khianat amanah rakyat dan jadi bebas yang BN-friendly.

Sekarang si katak pengkianat ni nak bertanding atas tiket bebas pula setelah UMNO tak siorkannye. Bolehkah dia menang??

Banyak teman dan rakan gua daripada Kelantan, khususnyer yang berasal daripada Pasir Mas... berpendapat sukar bagi si katak pengkhianat ni nak menang. Mereka kata... "Sori ler kawe nak undi  Brahin Ali lagi." 

Ini kerana PAS dan Nik Aziz lekat di hati mereka. Malah... Brahin Ali yang menjadi sekutu UMNOturut dilabel sebagai pengkhianat rakyat Kelanatn dalam isu royalti minyak Kelantan. Dasat muBrahing...

Oleh itu... alasan si Che Johan, memberi laluan kepada Brahin Ali bagi memastikan Nik Abduh kalah dan seterusnyer menyekat legasi Tok Guru Nik Aziz ialah alasan bodoh semata-mata. Dia juga mendakwa tindakannyer itu adalah demi kebaikan parti.

Kah kah kah kah kah.... Poooraaahh..!!

Terguling-guling dan terbocor pundi kencing aku, ketawakan alasan bangang Che Johan. Apa punya tuuurrrr daa mamat ni!! Kalau dah UMNO..... UMNO jugak. Bodoh piang...!!!

Legasi konon...?? Macamler para pemimpin UMNO sorang pun tiada meninggalkan legasi.Najib Nazak... legasi siapa?? Pemimpin PAS?? Hishamuddin Aww...?? Legasi siapa?? Pemimpin PKR?? Mukhriz...?? Legasi pemimpin DAP??

Tu sebab... Ustaz Ismail Kamus dah kata... Kalau dah bodoh, lebih baik diam. Tutup jer mulut tu. 

Aaarr... banyak sangat cakap, sekarang... ambik kau... terserlah kebangangan mu!!

SUMBER
Photobucket

LEBIH 25,000 RAKYAT SEGAMAT HADIR CERAMAH PR BERSAMA DSAI DI KG ABDULLAH,SEGAMAT MALAM TADI...!

on










Johor bukanlah boleh ditakrifkan sebagai kubu paling kebal kuat gagah perkasa UMNO seantaro dunia lagi.

Inilah pemandangan ceramah di Kg Abdullah, Segamat Johor malam tadi...Rakyat tempatan melebehi 25,000 hadir untuk mendengar ucapan DSAI, Salahuddin Ayub dan jua calon PR Parlimen Segamat, Datuk Chua Jui Meng.

Bolehlah dikatakan kini Johor sudah dilanda fenomena Pakatan Rakyat.

Rakyat Johor kini sudah sedar jika mau nasib anak cucu cicit mereka lebih terjamin maka tiada pilihan melainkan tumbangkan UMNO dan julang Pakatan Rakyat.

Semangat dan iltizam itu sudah pun ditunjukkan pada malam tadi.

INI KALI LAH...JOM UBAH.. SELAMATKAN MALAYSIA....PAS GANTI UMNO...PR GANTI BN.




Photobucket

Anwar ucap ‘selamat tinggal PKR’ jika gagal PRU13

on



anwar pkr

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbang akan bersara daripada politik jika pakatan pembangkang yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times.
Anwar, 65, berkata, selepas bersara, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik – mengajar.
Namun Ketua Pembangkang di Parlimen itu tidak pula menyatakan sama ada akan mengajar di dalam atau di luar negara.
Anwar pernah jadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Sebelum dibawa menyertai Umno pada 1982 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri keempat, Anwar adalah pengasas dan tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur selain bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Umno tahun itu. Kedua-dua jawatan itu disandangnya sehingga dipecat pada 1998.
Dalam wawancara itu, Anwar mengaku sudah penat berusaha menawan Kerajaan Pusat sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia.
“Kami mempersembahkan manifesto, polisi dan sudah tentu jika kami mendapat mandat rakyat, saya akan teruskan. Jika tidak berjaya saya fikir mahu kembali mengajar,” katanya.
Kenyataan Anwar itu sudah tentu mengejutkan banyak pihak, dalam dan luar pakatan pembangkang terutama kerana ia disuarakan ketika negara sedang menunggu Parlimen dibubarkan.
Anwar yang ketika ini difahamkan berada di luar negara tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kenyataannya itu. Beliau bagaimanapun dijadualkan akan menghadiri satu program di Selayang hujung minggu ini.
Pada PRU12, kerjasama part-parti pembangkang diterajui Anwar mencatat sejarah besar dalam arena politik negara apabila berjaya meleburkan rekod penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional (BN).
Kerjasama itu membawa kepada pembentukan Pakatan Rakyat (PR).
Kerjasama itu juga menumbangkan BN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990.
Pada pilihan raya kecil Ogos 2008, Anwar bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dipilih sebagai Ketua Pembangkang.
Pada 16 September 2008, Anwar mengaku mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk menumbangkan kerajaan BN, namun ternyata ia tidak berlaku, sebaliknya beberapa wakil rakyat PR pula menyertai BN.
Kemudian, pada perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, pelbagai pihak menuduh Anwar cuba merampas kuasa dengan mengadakan rusuhan jalanan ala kebangkitan Arab Spring, namun tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemimpin PR.
Anwar dan beberapa lagi pemimpin PKR telah dikenakan beberapa tuduhan berkenaan Bersih 3.0 dan jika didapati bersalah, beliau boleh dijatuhi hukuman penjara dua tahun, sekali gus statusnya sebagai wakil rakyat gugur.


malaysianreview

Photobucket

Patutlah UMNO Marah Sangat Kat Ustaz Azhar

on






Tiada masalah bekerjasama dengan bukan Islam-UAI


Mesej yang amat jelas dari Ustaz Azhar Idrus apakah kita boleh undi non-muslim?


Lawak memang lawak... Perumpamaan yang amat mudah difahami yang diterangkan oleh UAI, harap SEBARKAN...





Photobucket

Sah Puak-Puak UG Bantu BN Untuk Menang!

on




Setelah dipersetujui bersama konsep Negara Berkebajikan, kenapa perkara Hudud digembar-gemburkan pada masa yang kritikal dan sensitif ini?

Setiap yang beriman wajib menerima Hudud tetapi kenapa perkara ini tidak direservekan dulu dan berbincang kemudian secara tertutup menggunakan platform Majlis Presiden setelah PR menang dan dijulang oleh Rakyat Malaysia yang inginkan perubahan sebagaimana saya katakan sebelum ini?

Kalau aku kata Mangkok Hayun tak berhikmahkan ramai pula juak-juak yang wala' buta marah!

Aku sendiri pun dah berbelah bagi sekarang
Belum lagi menang dan memerintah masing-masing dah nak tunjuk belang
Bila memerintah, silap-silap negara lintang pukang!

Aku heran kenapa geng-geng tua di dalam PAS ni suka buatkan penyokong libral dan mahukan yang terbaik dan nak sangat tengok perubahan di dalam pemerintahan serta tadbir urus kerajaan yang lebih menjadi gelisah?

Janganlah bila berada di momentum yang baik ini direncatkan dengan perbagai kerenah dan senongeh pulak!  Baca ni.....




Hudud Dilaksana Jika Pakatan Perintah Negara

ARAU – Hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Persekutuan walaupun DAP menentang keputusan tersebut, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

“Saya yakin DAP akan menerima hukum hudud kerana kesanggupan mereka untuk bertanding dengan menggunakan lambang PAS. Namun ia hanya akan dilaksanakan selepas Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara.

“Pakatan harus mengambil alih kerajaan Persekutuan. Selepas itu barulah kami boleh meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan hukum hudud,” katanya selepas melawat ibu tunggal di Guar Sanji, Selasa.

Walaupun DAP membantah pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu, Dr Haron berkata kini ia tidak lagi menjadi isu.

Dr Haron, yang merupakan calon PAS Parlimen Arau berkata, parti Pakatan haruslah ‘memberi dan menerima’ dalam usaha untuk bekerjasama.

Sebagai contoh, katanya, DAP harus bersetuju dengan keputusan PAS untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam.

Sementara itu, dalam satu majlis berasingan di Alor Setar, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata semua wanita Islam harus memakai tudung, bukan saja di kalangan pelajar tetapi penyampai berita.

Memuji pendekatan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk mempromosikan cara hidup Islam, beliau menegaskan kempen tersebut adalah untuk menggalakkan wanita Islam memakai tudung dan tidak disasarkan kepada kumpulan spesifik.

“Ia perlu disasarkan kepada semua wanita Islam,” katanya pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata wanita Islam tidak boleh dipaksa untuk memakai tudung.

Harun berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhammad pada Isnin selepas menyertai PAS yang menegaskan terdapat pembaca berita di kalangan wanita Islam dan kanak-kanak sekolah tidak memakai tudung. -sumber



Photobucket

AJK surau precint 11 dipecat kerana benar Husam beri takzirah...?

on







Pada 20hb. April, 2013 saya telah menunaikan solat Isyak' di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11. Selepas selesai tunai solat, saya telah mengambil sedikit masa berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut. 

Hari ini saya diberitahu bahawa Pengerusi & Bendahari Surau tersebut telah dipanggil mengadap Ketua Pengarah JAWI di Pejabatnya pagi tadi & seterusnya saya diberitahu bahawa SEMUA AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 telah DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut. 

Saya mohon pada semua Sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, Penduduk2 Putrajaya & Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya Politik Sempit begini ditamatkan pada 5hb. Mei, 2013. KingJason

Segalanya jelas menunjukkan bahawa penjawat awam sudah tidak peduli. AJK surau dipecat secara tidak rasmi kerana membenarkan Husam bertakzirah dalam surau tersebut.

Macam ni punya orang pun ada...wakaka



Photobucket

Gambar Mahathir melanggar Akta Pilihanraya tersebar!!.

on Apr 24, 2013







Sejak pihak risikan memaklumkan data menunjukan sokongan anggota TLDM di Lumut terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat , UMNO semakin gelisah..

Tambahan pula ianya bakal mengugat dua Kerusi penting milik BN iaitu DUN Pangkor (MB Perak - Zambry) dan Parlimen Lumut (Menteri Pengangkutan - Kong Cho Ha).

Oleh itu UMNO/BN 'terpaksa' melakukan apa saja hatta melanggar akta pilihanraya..


Pada 23 April (semalam) Mahathir telah diterbangkan khas dari Kuala Lumpur ke Pengkalan Tentera Laut di Lumut, Perak.

Tujuannya ialah untuk menyampaikan ceramah mengenai perpaduan Ummah menjelang PRU13 ini kononnya..

Tetapi menurut beberapa individu yang dipaksa menghadirinya, mereka mempersoalkan akan Ceramah tersebut ianya seolah-olah mengambarkan tiada perpaduan di dalam anggota TLDM.

Apa yang dilakukan oleh Mahathir demi menyelamatkan UMNO/BN yang lemah dibawah pentadbiran Najib ialah satu perbuatan yang melanggar akta pilihanraya.

Beliau bukan sahaja telah menyalahgunakan harta Kerajaan Malaysia bagi kepentingan UMNO/BN malah beliau juga telah berpolitik hingga ke dalam Kem Tentera.

Mahathir yang sudah bersara kini bertungkus lumus berkempen bagi memastikan kemenangan BN dalam PRU13 ini.. 

Apakah yang menyebabkan Mahathir terlalu TAKUT jika BN kalah?.. sehingga beliau kelihatan amat gelabah jika di bandingkan dengan Pak Lah?

Persoalan ini pasti terjawab andaikata UMNO/BN ditolak rakyat pada PRU 13 ini..

Oleh itu UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT!!





Photobucket

MEDIA ARUS PERDANA BN/UMNO TAK AKAN SIAR BERITA INI......

on






"SAYA MENJADI SEORANG HINDU YANG LEBIH BAIK SELEPAS KAWAN DGN ORANG PAS"

Begitulah bunyi ayat yang diluahkan oleh seorang warga kita kaum India beragama Hindu....

Luahan hati ini taubat lahom tidak akan dihebahkan kepada umum oleh TV3,RTM,Utusan,Berita Harian, Bernama,NSTP maupun The Star.

Para pemimpin UMNO kalau nampak akan kata-kata sebegini punya rupa, pasti pening kepala kerana segala dakyah hatta tanda tangan MoU dengan Hindraf langsung tidak memberi kesan sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang cuba digambarkan sebagai parti yang membawa perjuangan ekstrimis.

UMNO boleh buat apa saja.. dari menakut-nakutkan sampailah memfitnah pihak lawan, tetapi akhirnya rakyat jua yang akan membuat keputusan...Jangan kita pandang rendah kemampuan rakyat untuk berfikir dan menilai... Jangan ingat dengan pemberian BR1M rakyat sudah terasa teramat terhutang budi kepada UMNO....Hentikan politik caci mencaci dan memfitnah lebih-lebih lagi penayangan video lucah...Sokongan rakyat kepada UMNO tidak akan bertambah malahan semakin berubah dan ramai yang berduyun-duyun berhijrah.


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List