AC Mizal Bergelar Datuk....Ini Sebabnya Ke.......???

on Sep 24, 2010


Pelakon dan pengacara AC Mizal bergelar Datuk, tetapi belum rasmi. Yang membuatkan kita pening melalui post sebelum ini. Inilah jawapannya. Sekali lagi anda fikirkan.

AC Mizal mengakui dia bergelar Datuk bukan disebabkan dia sebagai selebriti tetapi disebabkan dia berjaya bergelar jutawan dengan kegigihannya membina dan meluaskan empayar perniagaan gelang bio-magnetik di bawah payung syarikat yang menyaksikan dia sendiri sebagai pengerusi kepada AC Konsortium Sdn. Bhd. Syarikat yang baru berusia 10 bulan beroperasi. Ini sumbangan besarnya kerana dia gigih berjaya mengkayakan dirinya.

Satu lagi sebab mengapa dia memperolehi gelaran itu kerana dia mempunyai dua kereta mewah iaitu Bentley yang berharga lebih RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenama Porsche. Keinginan lampau yang hanya sebagai mimpi menjadi realiti.

Inilah yang diakui oleh AC Mizal melayakkan dia memperolehi gelaran datuk. Inilah kelebihannya yang mampu beliau beritahu. Jadinya sumbangan anda kepada masyarakat dan negara taklah diambil kira sangat sekiranya anda kaya. Tahniahlah Datuk! semoga Datuk berjaya melahirkan ramai jutawan Melayu, biar padan dengan gelaran tuh.....

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List