Salah Siapa.....???
Copy & Posted By mahi on Sep 24, 2010
Flying Kick menceritakan satu kisah yang hampir mencetuskan pergaduhan antara kaum di Paya Lebar, sebuah petempatan yang dahulunya merupakan kawasan estet getah yang luas di Lunas, tidak jauh dari bandar Kulim.
Sikap Melayu yang banyak bersabar dalam beberapa perkara, ada kalanya perlu dipuji. Malah kesungguhan pihak berkuasa untuk menutup dan melindungi cerita agar kesan negatifnya tidak menular ke seluruh negara juga, adakalanya sangat dihargai. Dan mungkin kerana sifat serta tindakan sebegitulah yang memastikan negara ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur, meskipun sebenarnya ia lebih bersifat seperti api di dalam sekam.
Itulah yang berlaku di Paya Lebar, sebuah petempatan yang dahulunya merupakan kawasan estet getah yang luas di Lunas, tidak jauh dari bandar Kulim, pusat strategik ekonomi Kedah Selatan.
Kisahnya tidaklah 'sehebat' perang 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, ia mempunyai kaitan dengan politik. Ahli Parlimen bagi kawasan tersebut adalah Gobalakrishnan, pelakon dan penjilat punggung Anwar Ibrahim yang sangat hebat dan sedang berhadapan dengan masalah perebutan jawatan selaku Ketua Cabang Lunas secara tiga penjuru (dua India, satu Melayu).
Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku seminggu sebelum Aidil Fitri. Sekumpulan remaja India telah mengganggu, meraba dan cuba mencabul kehormatan seorang gadis Melayu. Beberapa orang remaja Melayu segera menyelamatkan gadis Melayu yang meminta pertolongan daripada orang ramai. Kejadian berlaku tidak jauh dari sebuah kedai makan.
Remaja-remaja India berkenaan bagaimanapun meminta maaf dan berlalu. Bagaimanapun pada pukul 1.45 pagi, tidak kurang 30 buah motosikal yang dibonceng oleh remaja-remaja India muncul semula. Mereka bersenjatakan parang, kayu dan besi. Destinasi mereka adalah ke kedai makan milik seorang lelaki tua Melayu.
Apa yang berlaku seterusnya bagaikan sebuah drama Tamil. Dua orang lelaki Melayu yang sudah berusia menjadi mangsa. Salah seorang daripada mereka, putus urat tangan. Seorang lagi menerima 12 jahitan akibat luka di kepala. Beberapa orang kanak-kanak kecil yang berusia 4-6 tahun diterajang oleh samseng-samseng India tersebut.
Kes berkenaan dilaporkan kepada pihak polis. Hasilnya, daripada lebih 50 orang remaja India yang merusuh, mencedera dan merosakkan harta awam, hanya 4 orang yang berjaya ditangkap dan diberkas. Mereka bagaimanapun, dibebaskan selepas dijamin.
Dikhabarkan, beberapa pihak cuba MERASUAH pekedai Melayu itu agar menarik semula laporan polis yang dibuat dengan tawaran wang yang lumayan. Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak.
Sumber juga memberitahu, polis telah memanggil beberapa NGO Melayu termasuklah PEKIDA untuk melakukan perbincangan. Antara yang turut sama dalam mesyuarat dan perbincangan berkenaan adalah Gobalakrishnan, MP Padang Serai selain beberapa pemimpin kanan PAS kawasan.
Tahap kesabaran orang Melayu di kawasan Lunas dan Kulim sebenarnya cukup tinggi. Kegiatan dan kewujudan begitu banyak kumpulan-kumpulan samseng remaja India sebenarnya sangat membimbangkan di kawasan tersebut, terutama selepas estet-estet yang menjadi kampung halaman tuk nenek dan mak bapa mereka sebelum ini telah bertukar menjadi kawasan perumahan dan kilang.
Sesuatu harus segera dilakukan di kawasan itu bagi memulihkan keamanan yang suatu ketika dahulu tidak pernah tergugat meskipun UMNO dan PAS berperang sakan dengan isu kafir-mengkafir sesama sendiri. Apa yang dikatakan tohmahan kepada Gobalakrishnan nampaknya seperti menjadi kenyataan dengan kemunculan samseng-samseng remaja India yang seolah-olah sedang menjadikan Lunas, Kulim dan kawasan sekitar pekan Padang Serai seperti medan pergaduhan di dalam filem-filem Tamil.
0 comments:
Post a Comment