Calon Timbalan Presiden PKR:- Siapa di sebalik tabir..........???

on Sep 8, 2010

LogoPKR2

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli akar umbi PKR yang tidak berpuas hati dengan situasi yang wujud dewasa ini menggesa sebuah jawatankuasa pemantau bagi menyiasat dalang di sebalik pengumuman ahli-ahli parlimen dan senator mengenai jawatan timbalan 
presiden parti.
Dua hari lalu, sekumpulan 13 ahli parlimen dan senator menyatakan sokongan terbuka kepada Naib Presiden Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti November ini dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.
Sumber dalaman parti, seorang pemimpin peringkat akar umbi dari Johor meluahkan rasa kecewa dengan sikap ahli-ahli parlimen parti itu yang didakwa cuba mengelirukan ahli-ahli parti.
"Ketika mana, pencalonan dan pemilihan belum selesai, kenapa mereka (ahli-ahli parlimen berkenaan) begitu terdesak untuk menyatakan sokongan terhadap Azmin sedangkan pilihan raya parti hanya berlangsung pada November nanti," soal beliau.
Pemikiran Umno dalam PKR
"Apa yang mereka lakukan jelas memperlihatkan perangai dan pemikiran Umno dalam PKR," tambahnya.
Beliau menerangkan bahawa sejak semalam, beliau menerima banyak panggilan telefon daripada ahli-ahli parti, bertanyakan adakah Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Azmin untuk jawatan nombor dua itu.
"Sebagai ahli tegar PKR, saya meminta Anwar membersihkan namanya dengan menyatakan beliau menyokong Azmin atau tidak, atau beliau bersikap berkecuali dalam perkara ini," katanya kepada FMT ketika dihubungi hari ini.
Seorang pemimpin masyarakat di Jasin, Melaka mencabar Ahli Parlimen Teluk Kemang Kamarul Bahrin Abas supaya memberitahu siapa yang menganjur sidang media itu dan kenapa sidang media itu di adakan terlalu awal sedangkan pemilihan ialah pada November depan.
Apabila memberi komen tentang kenyataan Kamarul Bahrin bahawa parti harus memberi jawatan itu kepada Azmin memandangkan beliau telah mengharungi pahit maung perjuangan sejak zaman reformasi dan lebih senior berbanding calon-calon lain beliau berkata,
"Sebagaimana yang kita ketahui Anwar menyertai parti secara rasmi pada 2005. Ini membuktikan saya lebih senior kerana saya menjadi ahli parti sejak 1999.  Adakah ini bermakna saya lebih layak berbanding Anwar untuk menjadi penasihat parti?," soal beliau.
Beliau mengakui bahawa sebagai ahli yang lama dalam parti bukannya 
satu kelebihan buat Azmin.
Azmin bukan pilihan yang betul
Sambil menafikan beliau adalah penyokong pencabar Azmin, Zaid Ibrahim beliau berkata, "Azmin bukanlah pilihan yang betul dan terbaik untuk jawatan nombor dua kerana beliau sukar dihubungi atau ditemui.
"Saya yakin bahawa majoriti ahli-ahli parti bersetuju dengan pendapat saya bahawa Azmin sukar dihubungi.  Kita tidak mahu seorang timbalan presiden yang bersikap demikian," katanya.
Beliau berkata, buat masa ini, PKR berada di atas landasan yang betul untuk menawan Putrajaya.  Semua ahli PKR mesti berdiri di belakang Anwar bagi mencapai cita-cita ini.
"Untuk menjayakan tugas ini, parti memerlukan seseorang yang mampu berfikir seperti Zaid dan bukan ahli politik asli seperti Azmin untuk jawatan nombor dua.
Beliau juga berkata bahawa beliau akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai perkara ini selepas selesai pemilihan nanti.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List