PETALING JAYA: Berkempen untuk seseorang dalam pilihan raya parti dengan menggunakan premis ibu pejabat (HQ) PKR sekarang ini menjadi satu kesalahan berikutan garis panduan Kod Etika yang baru dikeluarkan hari ini.
"Amat dikesali sidang media yang dianjurkan oleh beberapa ahli parlimen untuk menyatakan sokongan terhadap Naib Presiden Azmin Ali dibuat di ibu pejabat parti itu baru-baru ini," kata Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Dr Molly Cheah.
Dr Cheah dalam satu kenyataannya berkata, salah satu larangan termasuklah individu dan kumpulan tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat dan sidang media di ibu pejabat PKR di sini untuk tujuan berkempen.
JPP PKR hari ini mengeluarkan garis panduan Kod Etika mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan ketika berkempen dan semasa pilihan raya parti.
Menurut beliau, JPP dibentuk bagi memantau pilihan raya parti 2010 berikutan perubahan dalam Perlembagaannya di mana ahli berhak memilih semua peringkat kepimpinan melalui sistem pilihan raya "satu orang satu undi".
"Larangan lain ialah tuduhan politik wang dan kempen memburuk-burukkan peribadi calon dan hendaklah dilaporkan kepada JPP," katanya.
Politik wang kesalahan serius
Beliau berkata, "amalan politik wang adalah suatu kesalahan yang serius dan jika didapati bersalah maka seseorang itu boleh digantung dari penyertaan dalam proses pilihan raya."
Menurut Kod Etika itu juga, calon-calon yang meraih sokongan mestilah tidak mencemar imej parti atau melakukan sesuatu yang bercanggah dengan perkhidmatan terhadap parti, termasuk menjaga kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Katanya, garisan panduan ini ditetapkan ekoran dari proses penamaan
calon untuk kepimpinan di peringkat Cabang yang sedang hangat berlangsung dan ini penting untuk membawa reformasi dalam parti.
calon untuk kepimpinan di peringkat Cabang yang sedang hangat berlangsung dan ini penting untuk membawa reformasi dalam parti.
"Langkah ini juga memberi peluang dan tanggungjawab ahli melaksanakan hak individu untuk memilih pemimpin yang baik dan berkesan," ujar beliau.
Peraturan berhubung proses pilihan raya telah disiapkan termasuk penamaan calon dan maklumatnya boleh didapati pada laman web rasmi KEADILAN.
Sebarang aduan hendaklah diajukan kepada JPP di ibu pejabat PKR
dan tidak melaporkan kepada pihak media, termasuk blog peribadi," jelas beliau.
dan tidak melaporkan kepada pihak media, termasuk blog peribadi," jelas beliau.
0 comments:
Post a Comment