REHATKAN MINDA ANDA SEBENTAR.........???

on Sep 8, 2010


Sarah Raisuddin-Shuib Sepah Dah Kahwin?





7 SEPT 2010: Dalam sibuk-sibuk umat Islam buat persiapan terakhir untuk menyambut kedatangan raya yang bakal tiba-tiba tidak lama lagi, tiba-tiba Murai Batu terdengar suatu gosip memeranjatkan yang dikhabarkan oleh seorang teman pada awal pagi tadi. Gosipnya berkaitan dengan penyanyi genit, Sarah Raisuddin. Nak tahu apa dia?

Khabarnya, Sarah Raisuddin yang juga anak kepada pelakon serta nyanyi 80-an, Raisuddin Hamzah sudah pun berkahwin. Jeng jeng jeng..Dengan siapa pulak ni...?
Kata si teman tadi dengan siapa lagi kalau bukan Shuib daripada kumpulan Sepah yang dikatakan cukup akrab dengan Sarah sejak beberapa bulan yang lalu. Malah, Sarah sendiri pun sudah pernah bertandang ke rumah keluarga Shuib di Kulai, Johor.

Walaupun Sarah dan Shuib sering menyifatkan hubungan mereka sekadar kawan baik, namun ramai pihak yang berpendapat bahawa mereka sememangnya sangat serius bercinta. Tup-tup sekarang in timbul pulak cerita pasal kisah kahwin mereka.

Teman Murai Batu beritahu lagi, dia dapat berita ini daripada satu sumber. Lalu dia mintak Murai batu supaya terus menyiasat untuk mendapat kesahihan serta kepastian tentang hal ini.

Okaylah, Murai Batu pun tak nak menceceh panjang-panjang. Sebab, Murai Batu nak teropong si Sarah dan Shuib sekarang ini. Kalau ada perkembangan yang terbaru, nanti Murai Batu akan maklumkan ya...

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List