Carilah maklumat, sebarkan maklumat............???

on Sep 15, 2010

"Assalamualaikum,,,,,,
Image Hosted by ImageShack.usRupa rupanya ramai yang masih belum tahu 7 eleven itu milik Vincent Tan, pembunuh sosilawati itu peguam berbangsa India dan Genting resort tersenarai antara pusat perjudian yang terbesar di dunia.Inilah 1Malaysia yang nampaknya masih ketinggalan setelah 53 tahun merdeka dalam menyalurkan maklumat yang tepat dan benar kepada rakyat.Peguam yang ditangkap hanya disebut peguam yang bergelar dato sahaja di dada dada akhbar dan media elektronik yang menyebabkan rakyat tercari cari siapa peguam yang dimaksudkan. 



Lantaran itu, kepada rakyat yang bermaklumat dan sentiasa terdedah kepada saluran maklumat alternatif, ambilah tanggungjawab untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakyat  jelata yang masih buta maklumat yang tepat dan benar.

Sebarkan bahawa 7 eleven yang menjadi tanda tanya bagaimana boleh berniaga 24 jam itu milik Vincent Tan tokey judi yang memiliki spot Toto dan syarikat insuran Berjaya sompo serta memiliki Singer juga.Rangkaian syarikat ini sudah cukup untuk memberikan Vincent Tan kelebihan kewangan untuk beliau menguasai politik dan orang orang politik negara di samping beberapa syarikat lain.Biar rakyat tahu dan biar rakyat tahu bagaimana mudahnya Vincent Tan mendapat lesen menjual arak secara terbuka di 7 eleven dan bagaimana kerajaan dengan mudah tunduk dengan permintaan Vincent Tan untuk mendapatkan lesen judi bolasepak.Serta sebarkan juga bagaimana Vincent Tan dengan mudah mendapat RM10 juta hasil samannya.Biar rakyat kenal siapa Vincent Tan yang menjadi sebahagian rancangan 1Malaysia APCO.

Begitu juga dengan kes pembunuhan dan pembakaran Sosilawati,sebarkan nama peguam yang terlibat, biar rakyat tahu bahawa peguam tersebut berbangsa India yang membunuh mangsa yang berbangsa melayu, pembunuhan ala 1Malaysia dan sebutkan kaitan VIP yang masih belum terdedah siapa itu.
Begitu juga dengan kes kes yang lain yang masih belum diketahui oleh rakyat.Altantuya, Norita, skandal saiful, kes PERWAJA dan banyak lagi kes kes yang besar berlaku  yang masih terhijab dari pengetahuan rakyat.Carilah maklumat dan sebarkan ke seluruh negara, biar rakyat mengetahui dan biar rakyat 1Malaysia menjadi rakyat yang bermaklumat.

Inilah tugas besar kepada sebahagian rakyat(yang cintakan kebenaran dan keadilan) yang terdedah dengan sumber maklumat alternatif untuk mencari maklumat yang tepat dan benar serta menyebarkan menerusi lisan kepada  yang tidak berpeluang mendapatkannya dari sumber alternatif".

sumber :- Tranungkite Online

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List