Jiran bunuh ustazah dan anak dihadapkan ke mahkamah

on Sep 15, 2010




SEREMBAN: Jiran kepada seorang ustazah dan anaknya yang ditemui mati di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan membunuh dua beranak itu.
Ali Tan Abdullah, 34, dituduh membunuh Norliza Ishak, 35, dan anaknya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, di B5-1-09B, Flet Win Min, Pasar Baru, Port Dickson di antara 3.15 petang, 2 September hingga 10.15 pagi, 3 September lalu.

Ali Tan, pekerja pemasang paip gas industri, didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Majistret M Mageshwary kemudian memutuskan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah kerana kes pembunuhan itu berlaku di kawasan itu.

Beliau menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Tertuduh diwakili peguam John Fernandez.-Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List