Muhyidin letak jawatan kalau Shahrizat berundur...?

on Nov 17, 2011



Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar bertanggungjawab kerana beliau adalah menteri berkenaan semasa projek lembu aka Pusat Fidlot Kebangsaan diserahkan kepada Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Oleh itu, kasihan sungguh pada Timbalan Perdana Menteri apabila membaca jawapannya (Shahrizat tak perlu letak jawatan). Nampak tak berdaya sungguh beliau hendak memikirkan jawapan yang meyakinkan kepada tuntutan supaya Shahrizat meletak jawatan.

"Maklumlah, Muhyiddin tentu tahu beliau juga perlu meletak jawatan kerana beliau adalah Menteri Pertanian dan Industri Asa Tani ketika projek lembu itu diserahkan kepada keluarga Shahrizat," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. 

Mohamad percaya, Muhyiddin juga tentu tahu bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin tidak akan berani menuntut Shahrizat meletak jawatan tanpa restu secara diam-diam orang atasan.

"Sebab itu nampak bingkas sungguh Muhyiddin memberikan jawapan sedangkan sebelum ini beliau membisu mengenai isu NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan) itu," kata beliau.

Mohamad tidak percaya Bung Moktar berani melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan seluruh kepimpinan tertinggi Umno (kalau tidak ada restu), kerana tindakan seperti itu boleh membunuh kerjaya politiknya.

Isnin lalu, ketika berucap dalam sidang Dewan Rakyat, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu menuntut Shahrizat meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan penglibatan keluarganya dalam NFC.

Ketika menjawab tuntutan itu, Muhyiddin berkata, Ketua Wanita Umno itu tidak perlu meletakkan jawatan dalam kabinet dan parti kerana beliau tidak terlibat secara langsung dalam projek penuh kontroversi yang diuruskan oleh anggota keluarganya itu. -PD



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List