Saham Anak Najib Menjunam 30%

on Nov 17, 2011

NONE



Harga saham Harvest Court Industries Bhd menjunam hampir 30 peratus pada jam pertama dagangan pagi ini, selepas Bursa Malaysia, semalam meletakkannya sebagai ‘sekuriti bertanda’.
Ini di sebalik seorang pemegang sahamnya, iaitu anak kedua Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib menafikan bahawa syarikat itu mendapat layanan istimewa daripada kerajaan.

Saham dan waran syarikat itu diniagakan pada RM1.50 dan RM1.27 masing-masing pada jam 9.50 pagi, iaitu jatuh satu pertiga harganya daripada RM2.13 dan RM1.81 yang dicatatkan semalam.

Dalam wawancara yang disiarkan di dua akhbar harian berbahasa Cina - Sin Chew Daily dan China Press - Nazifuddin menegaskan bahawa kerajaan tidak terbabit dengan projek-projek syarikat itu yang bernilai RM1.2 bilion.

Projek itu diserahkan oleh Harvest Court oleh Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang mana, Nazifuddin adalah pengerusinya. Syarikat itu juga membina pusat membeli-belah 1Borneo di Kota Kinabalu.
azlanMengulas spekulasi harga saham Harvest dan khabar angin yang tersebar mengenai dirinya, Nazifuddin berkata beliau "agak terganggu" tetapi tidak banyak yang boleh dilakukananya itu.

Harga saham syarikat itu melonjak lebih 2,500 peratus daripada 8 sen yang dicatatakan sejak 13 Oktober lalu.

Akibatnya, semalam, Bursa Malaysia meletakkan saham syarikat itu sebagai ‘sekuriti bertanda’ dan menggantungnya daripada diurus-niagakan.

"Sekuriti bertanda" adalah istilah ekonomi di mana pelabur perlu membayar tunai sebelum skrip diserahkan yang bertujuan membendung kegiatan spekulatif yang berlebihan.












Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List