DAP Muar bantah penangkapan terhadap Namewee

on Sep 1, 2010

                       


DAP Bahagian Muar membantah sekeras-kerasnya mengenai kenyataan yang dibuat oleh pihak polis pada 30 Ogos 2010 iaitu Wee Meng Chee (atau dikenali sebagai Namewee) akan disiasat mengikut Akta Hasutan dan juga kenyataan yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Rais Yatim bahawa Wee Meng Chee (Namewee) harus disiasat kerana filem terbarunya "Nah!" yang bertemakan anti-rasis.

Selain itu, kami (Er Teck Hwa, gambar atas kanan) juga kesal dengan tindakan susulan polis yang menghantar 3 kereta peronda polis ke rumahnya apabila kita masih ketinggalan 15 minit untuk menyambut kedatangan Hari Kemerdekaan.

Wee Meng Chee (Namewee) dalam filem terbarunya telah menyampaikan pendirian kebanyakan orang Cina iaitu kami tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memprovokasikan sentimen perkauman.  Sehingga hari ini, pihak yang terlibat masih bebas dari segi undang-undang dan hukuman terhadapnya hanyalah memindahkannya tersebut ke sekolah lain untuk meredakan kemarahan orang ramai. Seruan masyarakat orang Cina adalah tegas dan sama iaitu pihak yang terlibat harus dihadapkan ke mahkamah untuk meneriman tindakan yang sewajarnya.

Sekiranya ia hanya merupakan satu kes kecuaian dalam sistem pendidikan maka guru tersebut boleh dimaafkan kerana jasa guru yang berat iaitu mendidik generasi akan datang.  Sebaliknya, insiden sebegini kini berlaku secara berleluasa.  Pada bulan April yang lepas, iaitu dalam perhimpunan di SMK Sultan Abu Bakar, Muar di mana Pengetuanya telah mengarahkan pelajar bukan islam meniru cara sembahyang pelajar Islam.  Pada bulan Julai di Sekolah Menengah Gajah Berang, Melaka, tindakan beberapa pelajar yang tidak memakai tudung dan memakai baju tanpa kolar tangan ketika tampil di acara fesyen sekolah telah mengundang kemarahan seorang guru.  Guru tersebut telah memarahi pelajar Cina tersebut dan menyebut orang Cina sebagai pelacur, menjadi contoh yang buruk kepada pelajar lain.  Tambah lagi kes yang berlaku di sekolah menengah di Johor dan Kedah.

Kesimpulannya, mereka yang terlibat hanya diberi amaran atau dipindahkan ke sekolah lain, tiada sesiapa pun yang dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.

Wee Meng Chee (Namewee, gambar atas kiri) sudah menjelaskan pendiriannya dalam filem terbaru iaitu membantah kenyataan perkauman daripada Pengetua Siti Inshah Mansor dan pendirian Kementerian Pendidikan yang tidak mengambil sebarang tindakan tegas terhadapnya.  Sekiranya Kementerian Dalam Negeri masih meneruskan pendakwaan terhadap Wee Meng Chee (Namewee) maka ini menunjukkan kerajaan bersetujuan dengan kenyataan rasis daripada Pengetua tersebut dan pendirian Kementerian Pendidikan yang memandang ringan insiden ini.  Secara tersirat, kerajaan telah bersetuju dengan tindakan rasis segelintir pihak di negara ini.

Ketika masih ketinggalan 15 minit untuk menyambut kedatangan Hari Kemerdekaan, pihak polis telah menghantar tiga kereta peronda polis ke rumah Wee Meng Chee (Namewee).  Pada malam yang sama, sebuah stesen television telah menayangkan dokumentasi patriotik buatan Wee Meng Chee (Namewee) yang bertajukkan "I Wanna Go Home".  Ada pihak yang ditahan sebelum Hari Kemederkaan kerana mahu menunjukkan semangat patriotiknya kepada negara ini, manakala ada pihak yang masih bebas walaupun menyamakan sesuatu kaum dengan pendatang, pelacur, pengemis.  Hal ini telah bermakna, slogan Perdana Menteri iaitu "1Malaysia" kini sudah terkecai.

*Kenyataan oleh Er Teck Hwa, selaku ahli parlimen Bakri-DAP pada 31 Ogos 2010.

Sumber:- MerdekaReview

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List