"Kita dah bagi peluang pada beliau dulu yang pernah memohon maaf dan kita ingat dia sudah berubah bila balik ke Malaysia.
"Kita sudah banyak bertolak ansur dan bila penghinaan itu terlalu jelas dan nyata sudah tiba masanya mereka yang buat begitu diambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke rumah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu, Rosmadi Ismail di Kota Bharu, malam semalam.
Sambil meminta polis menyegerakan siasatan, Khairy berkata apa yang dilakukan Namewee itu sesuatu yang sukar diterima oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini dan perkara seperti itu perlu ditangani segera.
"Kalau ada ucapan berbaur perkauman daripada sesiapa sahaja, polis dan juga pihak pendakwa raya perlu bertidak cepat kerana jika tidak akan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak seolah-olah tidak ada tindakan," katanya.
"Melayu tidak terlalu sensitif dan kita sebenarnya banyak bertolak ansur," katanya.
Namewee semalam telah dipanggil polis untuk memberikan keterangan berhubung video klip berkenaan selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya.
- Bernama
0 comments:
Post a Comment