Khir Toyo Didakwa Guna Kedudukan Terima Bonus, Insentif.......???

on Sep 6, 2010



SHAH ALAM 5 Sept - Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo didakwa mengambil kesempatan atas kedudukannya dan menerima pelbagai faedah istimewa seperti bonus serta insentif daripada anak syarikat kerajaan negeri selama 8 tahun menerajui Selangor di bawah Umno-Barisan Nasional.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata atas dasar ketelusan dan keadilan, Menteri Besar Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak dengan tegas penerimaan sebarang pemberian bonus dari mana-mana anak syarikat kerajaan negeri.
"Sebagai Menteri Besar ketika itu, Dr Khir Toyo tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas kedudukannya dan menerima faedah istimewa seperti bonus serta insentif. 
"Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiada alasan politik untuk menolak faedah istimewa yang ditawarkan kepadanya sebagai pengerusi di dalam pelbagai syarikat berkaitan kerajan negeri tetapi sebagai Menteri Besar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, beliau  enggan untuk meneruskan amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu.
"Sebagai kerajaan yang menegakkan ketelusan serta kebertanggungjawaban, kerajaan Pakatan Rakyat percaya bahawa rakyat mesti dimaklumkan mengenai faedah istimewa dan bonus yang diberikan kepada wakil mereka yang memegang jawatan bukan eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri," tegas Faekah dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru itu kata Faekah Dr Khir sekali lagi membuktikan ketakupayaan dan cetek ilmu pengetahuan beliau apabila tidak tidak mampu membezakan antara bonus yang diberikan organisasi korporat dan kerajaan.
Faekah berkata kenyataan Dr Khir berhubung bonus dan insentif yang ditolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan dasar urustadbir yang telus dan pentadbiran yang baik tidak diamalkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Umno-Barisan Nasional.
"Ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (berkhidmat) di PNB dan Guthrie beliau merupakan eksekutif sepenuh masa, seterusnya berhak menerima bonus dan faedah istimewa oleh pemegang saham dua syarikat berkenaan.
"Bagaimanapun, sebagai Menteri Besar, kedudukannya di dalam semua syarikat berkaitan kerajaan negeri merupakan jawatan bukan eksekutif, bererti tiada hak untuk mendapat faedah istimewa berbentuk kewangan seumpama itu.
"Mungkin Dr Khir Toyo tidak sedar bahawa jika seseorang memegang jawatan bukan eksekutif, tidak bermakna beliau bekerja untuk syarikat berkenaan. Jika beliau tidak mengetahui perkara itu, saya ingin memaklumkannya bahawa seseorang yang memegang jawatan bukan eksekutif sekadar mewakili pemegang saham untuk memantau kebajikan syarikat," jelas beliau.
Kata Faekah lagi, Menteri Besar tidak diwajibkan memegang kedudukan bukan eksekutif dalam syarikat yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan negeri. 
Sehubungan itu, jelas beliau, faedah istimewa hanya boleh diberikan jika diluluskan Exco Negeri. 
Dalam keadaan seumpama itu, Menteri Besar tidak akan menghadiri mesyuarat berkenaan disebabkan oleh konflik kepentingan.
"Menteri Besar bercadang untuk merujuk isu ini kepada Dewan Negeri Selangor bagi membolehkan semua wakil kerajaan negeri berdebat sama ada bukan eksekutif berhak menerima faedah istimewa dan bonus serupa dengan eksekutif  dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Tambah Faekah, Umno boleh terus mewajarkan keputusan serta polisi tidak jujur yang telah mereka amalkan sejak 53 tahun lalu, tetapi mereka dingatkan bahawa rakyat kini lebih berpengetahuan dan tidak akan teragak-agak menghukum pemimpin yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan peribadi. 
"Dalam Islam bukan saja niat perlu betul, tetapi jalan yang digunakan, matlamat dan cara juga mesti mesti," katanya.
 SuaraKeadilan

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List