Kalau Sabtu UMNO Pulau Pinang,Ahad UMNO Perak pula mendesak Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya segera membuktikan tuduhan bahawa UMNO terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dalam satu kenyataan menegaskan perbuatan menunding jari kepada UMNO dalam isu itu adalah sangat mengelirukan dan merupakan satu tuduhan yang berat terhadap sebuah parti politik berperlembagaan, berperaturan dan bermaruah.
"Secara jelas, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang telah menamakan parti UMNO sebagai pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak beretika itu," katanya.
Menurut Khusairi pembangkang nampaknya sudah ketandusan modal untuk mengheret UMNO dalam polemik sehinggakan sanggup menuduh parti itu melakukan sesuatu tidak beretika yang lumrah dilakukan oleh "cyber-trooper" di dalam internet

"UMNO Negeri Perak meminta Nizar segera menunjukkan bukti penglibatan UMNO dalam mengubahsuai gambar itu, atau beliau bersedia diheret ke mahkamah jika enggan atau gagal berbuat demikian," katanya.
0 comments:
Post a Comment