Copy & Posted By mahi on
Sep 6, 2010
Pemilihan Cabang Permatang Pauh tiba-tiba gempar bila TKM 1 Mansor Othman yang baru menjadi ahli Keadilan Cabang Permatang Pauh (sebelum ini Balik Pulau) menawarkan diri menjadi calon Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh telah dicabar oleh Timbalan P.Pauh sedia ada (Pak Tam) yang kini sakit dan Setiausaha P.Pauh (Roslai).
Ini bermakna akan ada pertandingan 3 penjuru. Persoalannya mampukah TKM 1 menang dalam pertandingan ini atau mungkin juga ada kompromi.
Yang lebih memeranjatkan borang pencalonan Roslai di sokong oleh Amir Ghazali Ketua AMK Permatang Pauh merangkap Ketua AMK P.Pinang.
Apa sudah jadi, adakah AMK Permatang Pauh sedang bergolak dengan TKM 1 yang juga adalah ADUN Penanti. Mengapa Amir Ghazali menyokong percalonan Roslai menjadi persoalan besar.
Apakah ini satu isyarat jelas kepada TKM 1 P.Pinang bahawa ada sesuatu yang tidak kena sedangkan hasrat TKM 1 P.Pinang untuk menjadi calon Timbalan Ketua Permatang Pauh bukan perkara baru tetapi sudah lama perkara ini diketahui.
Hanya Amir Ghazali yang boleh menjawab persoalan ini. Mengapa, kenapa, pasai apa, awatnya, apa hal, apa kes...semua ini kena tanyalah Amir Ghazali. Biar beliau yang jawab.
Amir Ghazali berada dalam keadaan selesa sebab beliau menang tanpa bertanding jawatan Ketua AMK Permatang Pauh, syabas dan tahniah sharpshooter ucapkan.
Begitu juga dengan penyokong tegar Pak Tam yang bermati-matian mahukan Pak Tam dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh. Hingga ada yang berkata.."kalau Pak Tam berada di Hospital pun kami akan mengundi Pak Tam dan akan pastikan Pak Tam menang"...hai pelik benar bunyi ni...
Namun begitu dari awal lagi sharpshooter meramalkan sudah pasti tidak akan ada pertandingan untuk jawatan tersebut kerana Anwar Ibrahim sudah pasti akan mengambil tindakan sesuatu untuk selesaikan kemelut ini. Anwar Ibrahim sudah pasti tidak mahu TKM 1 P.Pinang mungkin tersungkur di Permatang Pauh.
Hari ini ternyata ramalan sharpshooter benar, kompromi telah berlaku dan kemungkinan besar Mansor Othman akan menang tanpa bertanding.
Tetapi yang peliknya tiba-tiba nama sharpshooter pula naik sebab kononnya ini semua perancangan sharpshooter. Pulak dah..ini satu fitnah yang jahat..sejak bila, di mana, dengan siapa sharpshooter merancang dan mengatur strategi untuk menjatuhkan Mansor Othman di Permatang Pauh.
Prinsip sharpshooter mudah..kalau ya katakan ya..kalau tidak mana mungkin saya nak mengaku. Mengapa nama sharpshooter pula dikaitkan dalam pemilihan di Permatang Pauh?
Sharpshooter kini adalah ahli di Cabang Batu Kawan setelah YB Law Choo Kiang dan YB Ong Chin Wen meminta sharpshooter berpindah dari Kepala Batas ke Batu Kawan kerana menjadi Pembantu Khas/Pegawai Seranta Adun Bukit Tengah.
Sharpshooter juga tidak bertanding mana-mana jawatan pun dalam Cabang Batu Kawan cuma berhasrat bertanding sebagai Pengerusi Tetap AMK Pusat sahaja.
Semasa di sekolah politik sesi pertama, sharpshooter memang menjadi speaker Dewan Sekolah Politik di Pantai Morib kendalian IKD di bawah Pengetua Khalid Jaafar.
Rasa terkilan juga sebab mengapa nama sharpshooter dikaitkan dengan pemilihan jawatan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh.
Benar sebelum ini dalam artikal sharpshooter ada mencuit sikit TKM 1, tetapi itu berkenaan tentang isu-isu yang panas yang timbul di P.Pinang seperti Peniaga Bazar Ramadhan, isu Melayu di Kg Asam, isu roboh gerai Melayu dan berbagai lagi isu yang berbangkit tentang isu Melayu di P.Pinang tetapi suara dan tindakan TKM 1 agak tenggelam dan rakyat berharap mendapat pembelaan TKM 1 P.Pinang.
Benar sebelum ini ada aduan dan bahan bukti sharpshooter adukan kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah tetapi hingga sekarang tidak ada apa-apa tindakan.
Adakah sharpshooter akan dedahkan dalam blog ini?...jawapannya tidak....
Adakah sharpshooter akan muncul di TV3 seperti kes Fairus dahalu?...jawapannya tidak..
Adakah shapshooter berharap saluran dalaman dapat selesaikan?..jawapannya ya...
Adakah sharpshooter masuk campur dalam pemilihan jawatan Timbalan di Permatang Pauh?...jawapannya tidak..
Adakah sharpshooter bermusuh dengan TKM 1?...jawapannya tidak...
ASD
0 comments:
Post a Comment