Pilihan Raya Sarawak :- BN guna strategi baru... PR guna apa lak.....???

on Sep 28, 2010

Pilihan raya Sarawak: BN guna strategi baru



Barisan Nasional (BN) akan menggunakan kaedah dan strategi baru bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang, kata Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan, hari ini.


Katanya, semua yang terbabit dalam jentera BN telah diperlengakpi sepenuhnya bagi melaksanakan strategi dan menangkis taktik pembangkang pada pilihan raya negeri kali ini.

Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan tamat pada Julai tahun depan dan pembubarannya bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dijangka berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.

"Strategi kali ini adalah amat berbeza berbanding pilihan raya sebelum ini. Jentera pilihan raya negeri cukup bersedia kali ini," kata Dr Chan selepas mengadakan mesyuarat tertutup bersama 300 ahli parti komponen BN negeri di Miri.

Selain SUPP, parti komponen BN negeri yang ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 35 kerusi daripada 71 kerusi negeri diikuti SUPP (11) serta lapan kerusi masing-masing oleh PRS dan SPDP.

Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri, menjangkakan parti pembangkang akan menggunakan taktik memburuk-burukkan pemimpin negeri dalam usaha meraih undi pada pilihan raya negeri itu.

Katanya, BN negeri bersedia menghadapi situasi itu dan telah mempersiapkan jentera BN bagi menangkis segala dakwaan tidak berasas yang dibangkitkan oleh pembangkang.

"Mereka (pembangkang) tidak boleh mengambil alih pentadbiran kerajaan kerana kerajaan Sarawak adalah antara kerajaan terbaik diuruskan," katanya.

Mengulas mesyuarat tertutup itu, Dr Chan berkata, mereka yang menghadiri mesyuarat itu akan memainkan peranan penting dalam mengurus jentera pilihan raya negeri.

"Saya memberitahu mereka bahawa kita tidak mampu kalah pada pilihan raya negeri ini hanya kerana jentera kita tidak cukup baik dan tidak mampu menangkis apa jua yang dilemparkan oleh pembangkang," katanya.


- Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List