Aku tinggal di Dungun,atau lebih pantas jika aku katakan tinggal di Paka.Sosioekonomi penduduknya pelbagai.Latar geografinya juga pelbagai.Penduduk Paka terdiri daripada para pekerja industri minyak dan gas di Kerteh(memandangkan jaraknya tak sampai 5km dari loji Petronas),ada nelayan,bekerja sendiri,sedikit kakitangan kerajaan dan selebihnya adalah peneroka Felda dan KETENGAH.Jika dilihat,sosioekonomi penduduk ini terpecah-pecah,dipecah juga oleh faktor geografi.Penduduk pinggir Pantai Paka,di Kuala Sungai Paka adalah majoriti masyarakat nelayan.Mereka ini kerjanya ke laut,hidup susah dan memerlukan bantuan.Di kawasan pekan Paka,penduduknya terdiri daripada golongan berpelajaran tinggi,para juruteknik dan jurutera Petronas (bukan penduduk asal Paka),kakitangan kerajaan dan mereka yang bekerja sendiri.Apabila masuk jauh sedikit ke kawasan pedalaman,bermula dari Santong hingga ke Rasau,majoriti penduduknya adalah peneroka Felda dan KETENGAH,sesuai dengan struktur tanah beralun untuk tanaman kelapa sawit dan getah. baca sini seterusnya
Guru ditahan miliki ganja bernilai RM6,300
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment