Timbalan: Azmin 29, Zaid 13, Mustaffa 7, Tian 2

on Sep 19, 2010

4.00pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub masing-masing mendapatkan satu lagi pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.
Zaid kini mengumpulkan 14 pencalonan manakala pencalonan bagi Mustaffa pula bertambah kepada tujuh.
Terbaru, Zaid mendapat pencalonan daripada cabang PKR Paya Besar Payang. Manakala satu lagi cabang PKR di Perak - Tambun - mencalonkan Mustaffa.
Sementara itu, Paya Besar dan Tambun masing-masing mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.
Bagai jawatan naib presiden, Paya Besar mencalonkan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; naib presiden Azmin Ali; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dan Mustaffa Kamil.
Tambun pula mencalonkan naib presiden, Lee Bon Chye; Dr Mohd Nor Manuty; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; dan Gobalakrisnan.
3.45pm Pencalonan bagi penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden PKR, meningkat tiga lagi kepada 13 pencalonan hari ini - kali ini dari cabang Batu Kawan dan Tasek Gelugor - kedua-duanya di Pulau Pinang dan Putatan, Sabah yang bermesyuarat hari ini.
Terbaru, beliau mendapat pencalonan dari cabang PKR Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang bermesyuarat hari ini.
Bagi jawatan naib pula, cabang tersebut mencalonkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution dan naib presiden Azmin Ali.
Manakala cabang Permatang Pauh pula, seperti yang dijangkakan, telah mencalonkan naib presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
Dengan itu, Azmin kini mendapat 29 pencalonan. Permatang Pauh juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.
Dengan tiga lagi tambahan sehingga ini, pencalonan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, meningkat kepada 13. CabangBatu Kawan turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.
Bagi jawatan naib presiden, cabang itu mencalonkan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman, dan dua penyandang jawatan itu - Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah.
Sementara itu, Putatan turut mencalonkan Wan Azizah untuk mengekalkan jawatan presiden manakala calon naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Datuk Dr Jeffrey Kitingan; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Sementara itu, Masjid Tanah merupakan cabang PKR pertama yang mencalonkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden.

Masjid Tanah turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan tersebut.

Bagi calon naib presiden pula, Masjid Tanah mencalonkan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman; pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dan pengerusi tetapi AMK, Yahya Shaari.
Sejumlah 36 cabang PKR bermesyuarat hari ini bagi memilih calon bertanding jawatan tertinggi parti itu, khususnya perebutan bagi jawatan timbalan presiden parti itu.

Jumlah itu terdiri daripada 10 cabang di Sabah, Perak (8), Pahang (7), Pulau Pinang (5), Melaka (4) dan Negeri Sembilan (2).

Selepas 50 cabang selesai bermesyuarat sehingga ini.
Calon timbalan presiden yang lain ialah pengerusi PKR Perak Mustafa Kamil Ayub yang memperolehi enam pencalonan, pengarah strategik Tian Chua (2) dan pengarah pilihan raya PKr, Fuziah Salleh mendapat satu pencalonan.

Tian mendapat pencalonan keduanya dari cabang Alor Gajah, Melaka yang bermesyuarat hari ini, dan sekaligus layak bertanding jawatan tersebut.
Cabang PKR mula bermesyuarat sejak Jumaat lalu dan kesemua cabang parti itu yang berjumlah lebih 200, dijadual selesai berbuat demikian sehingga 3 Oktober ini.

Pemilihan anggota Majlis Pimpinan Pusat akan berlangsung antara 31 Oktober dan 21 November melibatkan pemilihan langsung.

Pihak pengurusan parti menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh akhir menerima pencalonan daripada cabang-cabang.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List