Berubahlah Kamu Sebelum Kamu Kalah.......???

on Oct 17, 2010


Nurul Izzah Anwar adalah salah seorang yang akan berentap untuk menduduki salah satu daripada kerusi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Syabas Nurul kerana berani membuat pilihan untuk bertanding dalam usia yang muda. Sememangnya Parti Keadilan memerlukan lebih banyak muka-muka baru daripada golongan muda. Kita mahu PKR sentiasa kelihatan 'muda' dan vibrant. Gandingan generasi tua dan muda akan menjadikan PKR lebih uumph dan ramai orang akan lebih berselera dan terliur untuk mendekatinya dan menyertainya.

Jadi, langkah yang diambil oleh Nurul Izzah Anwar amat dialu-alukan. Semoga dia akan beroleh kejayaan, insyaAllah.

Namun, anggota PKR yang kini diberi peluang untuk memilih para pemimpin mereka, jangan melihat Nurul sebagai anak kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Jangan pilih dia berdasarkan faktor itu. Lihat kemampuan dan potensi yang ada pada batang tubuhnya.

Setelah berkecimpung dalam dunia politik dalam usia yang begitu muda, Nurul telah memperlihatkan kebolehannya yang luar biasa. Dia seorang anak muda yang berpelajaran tinggi. Bukan itu saja.... dia juga bijak. Dia juga berani. Pengalaman yang dia lalui sebagai anak seorang tokoh politik tanah air yang telah melalui saat-saat kegemilangan dan kemudiannya jatuh dalam keadaan yang begitu hina, telah mematangkannya.

Pengalaman inilah yang telah menjadikan semangatnya begitu kental dalam mengharungi arus politik yang bergelora dan berbadai. Dari seorang puteri reformasi, kini dia bergelar YB. Yes... YB yang ada integriti dan yang ada reputasi. Dia ikhlas dalam perjuangan untuk membawa Malaysia ke satu era baru yang lebih adil, lehih sejahtera dan lebih harmony.

Namun.... sebagai manusia, dia tidak maksum. Dia juga ada kelemahan.... sama ada dia sedar atau tidak sedar. Kalau ada apa-apa kelemahan yang dia sedar.... dia kena muhasabah diri dan memperbetul kelemahan tersebut. Tetapi, jika kelemahan itu tidak disedarinya.... maka kita perlu membantu dia untuk menyedarkannya. Kita tak mahu sebutir mutiara berharga, kecundang begitu saja.

Dan.... jika dia benar-benar ikhlas untuk menjadi seorang pemimpin, dia kena terima kritikan dan teguran dengan lapang dada dan cuba atasi kelemahan- kelemahan tersebut.

Sebagai seorang pemimpin politik, Nurul Izzah kelihatan terlalu elitis. Pergaulannya dengan rakyat bawahan kurang mesra. She lacks hubungan inter-personal dengan rakyat marhaen. Jika turun melawat kawasan pun macam terpaksa, semacam ber'cinta' jer nak pergi. Kekandang mencari alasan untuk elak daripada pergi.... especially di kawasan rakyat miskin such as di kawasan Kerinchi dan Pantai Dalam. Ini rungutan dan keluhan yang kita dengar daripada rakyat di kawasan tersebut.

Berbeza pula dengan kawasan Bangsar. Di situ, Nurul is very popular. Mungkin itu kawasan elite. Jadi... dia lebih selesa dan boleh mesra dengan rakyat di situ. Kalau turun ke kawasan tersebut, no problem punyer.

Itulah persepsi rakyat dan para pengundi di kawasan Lembah Pantai. Penampilan serta gerak lakunya yang terlalu elitis terlalu obvious. Aha... inilah kelemahannya. Nurul tidak dilihat sebagai pemimpin rakyat. Well dear... you've got to change. Be more-people friendly. Jangan selektif dalam menunjukkan kemesraan kepada rakyat. Treat them equally kerana mereka ialah pengundi anda.

Rakyat faham... sebagai MP daripada parti pembangkang, tangan kita terikat untuk menjalankan tanggung jawab dengan sempurna. Tapi... apa salahnya jika selalu menjenguk mereka dan bertanya khabar. Be there to show that you care. Keprihatinan, kehadiran anda dan kemersraan anda, will make a lot of difference. Tak kenal tak cinta. Kalau kenal mesra... rakyat lagi cinta dan gembira gilerr-gilerr!!

Banyak program kecil-kecil boleh diadakan untuk memupuk kemesraan dalam hubungan pemimpin-rakyat..... tak semestinya mega-mega program yang glamor-glamor. Yang penting, kemesraan wujud dengan rakyat marhaen and most importantly... anda akan dilihat sebagai seorang pemimpin rakyat. Aha... pemimpin yang mesra rakyat. Ingat.... masa depan politik anda berada di tangan rakyat yang menggundi anda.

Kalau Zaid Ibrahim menggunakan tag line... 'Zaid untuk Rakyat', apa kata Nurul pun guna tagline... 'Nurul untuk Rakyat' or gunakan some other tagline yang lebih gempak. Ini akan memberi persepsi yang positif kepada imej diri.

Well... Nurul, anda sebutir pertama yang sudah kelihatan kilauannya. Rakyat perlukan permata seumpama ini, agar kilauannya terpancar untuk menerangi bumi Malaysia yang semakin gelap masa depannya di bawah UMNO/BN.

Perubahan mesti bermula dalam diri kita dulu. Barulah perubahan yang ingin kita bawa untuk parti dan negara akan lebih bermakna. Good luck and all the best to you dan juga kepada semua yang akan bertanding.

Sumber:-Mo3M

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List