Nazri: Anak Sabah diberi keutamaan....???

on Oct 19, 2010

NONE
Kerajaan Persekutuan tidak pernah menyisihkan mana-mana anak negeri Sabah yang berkelayakan untuk berkhidmat dengan Perkhidmatan Persekutuan di negeri Sabah. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan tetap memberi keutamaan pengambilan dan pengisian sesuatu jawatan di kalangan anak negeri Sabah mengikut konteks Borneonisationperkhidmatan awam persekutuan di negeri tersebut.

"Langkah ini bagi memastikan pegawai yang dilantik mengisi jawatan tersebut benar-benar memahami dan dapat menyampaikan perkhidmatan yang berkesan mengikut keperluan tempatan," katanya pada sesi soal-jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hiew King Cheu (DAP-Kota Kinabalu) yang ingin tahu jumlah rakyat negeri Sabah yang mengetuai Jabatan Persekutuan di negeri itu.

Mohamed Nazri berkata sehingga 13 Okt tahun ini, seramai 35 pegawai yang berasal dari Sabah telah menyandang jawatan Ketua Jabatan Persekutuan di negeri itu dalam pelbagai gred.

azlanBeliau berkata walaupun keutamaan diberi kepada anak negeri Sabah untuk mengisi jawatan tertentu, terdapat beberapa keadaan di mana pegawai dari negeri lain ditawarkan untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

"Ini mengambil kira faktor kelayakan, pengalaman dan kepimpinan pegawai tersebut untuk melaksanakan tugas jawatan yang diisi dan masih belum ada pegawai Sabah yang layak dan sesuai mengisi jawatan berkenaan," katanya.

Selain itu, katanya pegawai dari Sabah yang berkelayakan turut ditawarkan untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan awam di Semenanjung, bahkan di seluruh negara.

"Contohnya, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan Yang Dipertua Dewan Rakyat kita sendiri iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia," katanya.
- Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List