Orang PAS bodoh dan bacul sangatkah menghadapi DAP....???

on Oct 19, 2010

Malaysian Insider hari ini melaporkan berita bertajuk "Tunggu tumbukan BN di PRU-13, Ku Nan beri Pakatan amaran".


Saya rasa, Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tak payahlah cakap nak tumbuk pembangkang pada Pilihan Raya ke-13 nanti. Kalau betul SMS yang saya terima pada jam 11.29 malam tadi, anggota-anggota kelab pencinta Umno hakikatnya tak henti-henti menumbuk PAS dari dalam parti itu sendiri.

Mereka sedang giat menabur paku di atas jalan yang hendak dilalui rakyat yang berlari laju untuk menghambat Umno dan BN.

Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran apa yang didakwa dalam SMS itu. Mungkin bohong hidup-hidup. Tetapi untuk tujuan berwaspada (atau puak-puak yang haraki sakan sebut sebagai hazar), saya rasa bertanggungjawab menyiarkan kandungan SMS itu (saya tak edit sikit pun):
Salam. Pd 8.10.10 harun din hadir usrah 'doktrin' di rumah hasan ali. Yg terlibat dlm usrah adalah graduan master dan phd. Dlm usrah tsb, dia dakwa bahaya dap, dan ada cdgn supaya pas keluar pr dan menyendiri.
Saya harap apa yang didakwa dalam SMS itu tak benar. Jika benar, ia membuktikan anak-anak murid taksub kepada bekas Ketua Staf Perisikan Pertahanan (KPPP), Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar masih lagi ligat dengan agenda mereka untuk mempertahankan pemerintahan Umno dan BN.

Kita tidak lupa sama sekali bagaimana idea mengenai kerajaan perpaduan disodok-sodokkan kepada kita. Tujuan muktamadnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memastikan Umno dan BN terus berada di tampuk pemerintahan - tak kisahlah walaupun berkongsi dengan parti-parti yang selama ini menentangnya. Yang penting, Umno BN tetap melekat di tampuk pemerintahan.

Jika benar dakwaan dalam SMS itu, mengapa saya kata mereka sebenar berkhidmat untuk kepentingan Umno BN? Sifirnya amat mudah. Jika puak yang menentang Umno dan BN dipecah-pecahkan, yang akhirnya jadi pemenang dalam pilihan raya ialah Umno dan BN. Pada masa yang sama, puak yang membantu Umno BN di dalam pembangkang tidak boleh dituduh menjadi pecacai atau pak yet Umno BN. Mereka boleh kata, "Kamu tak nampakkah kami pun menentang Umno BN? Kami juga berhabis masa dan tenaga menentang Umno BN!"

Mereka ingat mereka licik. Tetapi, belang pengkhianatan mereka terhadap aspirasi rakyat yang mahu menamatkan kekejaman Umno BN amat mudah dilihat oleh hati yang tidak buta.

Malas nak cakap banyak dan saya ingin tanya, di antara DAP dan Umno, siapakah yang lebih mengancam orang-orang Melayu?
1. DAPkah yang melesapkan hampir separuh tanah rizab Melayu? Dari kira-kira tiga juta hektar negara menyambut kemerdekaan dulu, kini hanta tinggal 1.7 juta hektar sahaja. DAP yang belasah?

2. DAPkah yang melakukan pengkhianatan terjahat mereka terhadap orang-orang Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dahulu?

3. DAPkah yang menjadikan peneroka Felda yang rata-ratanya orang Melayu tak ubah seperti rakyat India yang miskin sedangkan negara mereka kaya-raya?

4. DAPkah yang kendurikan gitu-gitu sahaja RM50 bilion saham Bumiputera? Itu belum lagi kiramarket capitalisationnya.

5. DAPkah yang berpakat dengan Gerakan memingirkan orang-orang Melayu Pulau Pinang?

6. DAPkah yang suatu masa dahulu merentap bantuan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR)?

7. DAPkah yang bunuh orang-orang Melayu Islam di Memali dan Lubok Merbau? (Kalau DAP yang jadi alasan, ketika orang-orang Melayu Islam itu dibunuh, mereka tidak pula berkawan dengan DAP pada masa itu)
Umno dengan bantuan penjilat-penjilatnya dalam kelab pencinta Umno di dalam PAS telah berjaya menjadikan DAP hantu yang ditakuti oleh orang-orang Melayu. Mereka sengaja mengetepikan hakikat bahawa paling tinggi pun DAP hanya boleh menang 40 kerusi sahaja dari 222 kerusi Parlimen.

Katakanlah Umno dan penjilat-penjilatnya dalam Kelab Pencinta Umno di dalam PAS berjaya menghalang DAP memenangi kesemua kerusi itu, adakah PAS atau Umno yang akan menang? Bukankah kalau bukan DAP yang menang, MCA atau Gerakan atau MIClah yang menang?

Adakah MCA, Gerakan dan MIC baik sangat terhadap orang-orang Melayu? Tak cukupkah lagi apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang ketika negeri itu diperintah oleh Gerakan? Tidak cukupkah pelbagai khabar yang kita dengar tentang Tan Sri Dr Fong Chan Onn ketika beliau menerajui Kementerian Sumber Manusia? Menteri-menteri Umno sendiri yang mengadu kepada beberapa wakil rakyat PAS. Cukuplah dua contoh itu.

Puak-puak yang tak henti-henti bubuh paku di atas jalan rakyat yang berlari laju untuk menghambat Umno BN dari tampuk kuasa selalu mendakwa 40 Ahli Parlimen DAP itu akan berkuasa ke atas wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) yang lain. Semua Ahli Parlimen PR yang lain akan jadi boneka 40 Ahli Parlimen DAP itu.

Awatnya? Hampa bodoh sangatkah sampai boleh dijadikan lembu kerbau DAP? Itu satu. Kedua, kalau dah memang hampa bodoh sangat-sangat, adakah bodoh sangat-sangat hampa tu boleh dipagari dan disembunyikan dengan mengambil tindakan menyendiri dan keluar dari PR? Kalau memang dah bodoh terlampau, tak duduk dalam PR pun DAP boleh jadikan kerbau lembu dia.

Saya teringat Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang terkenal sakan dengan rungutan-rungutan kononnya dipinggirkan oleh DAP dan PKR, termasuk khabarnya merungut dalam mesyuarat-mesyuarat dan pertemuan-pertemuan PAS (saya dengar rakaman rungutannya dalam salah satu pertemuan PAS). Kalau benar perkara itu berlaku, ia dengan terang dan jelas menunjukkan Dr Hassan sendiri yang tidak cekap dan tidak cerdik (saya tak nak la kata bodoh, takut nanti menggelejat dan histeria pula penyokong-penyokong dia).

Orang cekap dan cerdik tak mudah untuk dipinggirkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Teresa Kok atau Ronnie Liu, kalau benar perkara itu berlaku. Orang cerdik biasanya sangat cekap untuk position diri dia walaupun dalam mesyuarat yang hostile terhadapnya - kalau benar PKR dan DAP bersikap hostile terhadap Dr Hassan.

Persoalannya, jika benar apa yang didakwa dalam SMS di atas, mengapa ulama yang sering melaung-laungkan kalimah Ummatan Wasatan itu tidak mengemukakan pilihan yang lebih bersifat wasatiyyah? Wasatiyyah bukan bererti menyerah kalah.

Kalau takut sangat 40 Ahli Parlimen DAP (katakan DAP menang 40 kerusi) menjadikan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain sebagai kerbau lembu mereka, mengapa tak jalankan usaha-usaha untuk mempersiapkan PAS dengan bakal-bakal calon yang cerdik dan cekap dan tak mungkin mampu dipinggirkan atau dijadikan kerbau lembu DAP?

Atau, jika benar apa yang didakwa dalam SMS di atas, adakah ulama itu sebenarnya memberikan undi tak percaya kepada kemampuan dan ketegasan calon-calon yang bakal dikemukakan oleh PAS dalam pilihan raya umum nanti? Awatnya, PAS nak calonkan mereka yang bodoh-bodoh dan bangang-bangang ka?

Atau, adakah orang-orang PAS bodoh dan bacul sangat nak hadapi DAP atau PKR?

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List