Siapa Yong Teck Lee......???

on Oct 30, 2010




Siapa YONG TECK LEE? Orang Sabah semua kenal siapa YONG TECK Lee. Dialah yang mempengaruhi Pairin keluar BN diambang pengundian pada pilihanraya umum tahun 1990.

Yong Teck Lee pula lah yang menikam Pairin tahun 1994 dan menubuhkan SAPP. Yong Teck Lee pula lah yang menikam BN-Sabah tahun 2008.

Kini Yong bertanding di Batu Sapi konon berjuang untuk orang Sabah. Sebenarnya Yong berjuang untuk dirinya sendiri. Yong adalah individu yang mengejar peluang, di mana ada peluang untuk dirinya, maka Yong berada di situ.

Selepas sahaja PRU-12, apabila Yong melihat bahawa BN kehilangan majoriti 2/3 di dewan rakyat dan gerakan Anwar yang dinamakan Gerakan 16 September, yang kononnya tarikh merampas Putrajaya daripada BN, maka Yong menikam BN.

Melalui Gerakan 16 September Anwar itu, Yong dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 bagi mewakili Sabah dan Sarawak.

Rakyat Sabah mungkin tidak pernah dan akan melupakan peranan yang beliau mainkan dalam kes rasuah dari tahun 1996 hingga 1998. Rakyat Sabah juga mungkin tidak lupa peranan Yong terhadap Saham Amanah Sabah (SAS) semasa dia menjadi Ketua Menteri Sabah.

Pada 1996, Yong (ketika itu Ketua Menteri Sabah) mengarahkan pembayaran RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri, Sapi Plantation milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).

Ini didedahkan oleh Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said, yang ketika itu merupakan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB). Beliau berjumpa Yong TL di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation bernilai RM16.8 juta.

Pendedahan dibuat Wasli ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu 12 Februari 2004 untuk menghadapi 5 pertuduhan rasuah melibatkan RM1 juta dan pemberian saham 3.36 juta unit saham milik SLDB.

Perjumpaan Wasli dan Yong kerap diadakan selepas itu, bukan sahaja di pejabat tetapi di luar pejabat. Yong turut menghubungi Wasli bagi memaklumkan kaedah pemberian wang. Wasli diminta bertemu dengan ejen Yong yang hanya dikenali melalui nompor plat pendaftaraan kereta ejen terbabit.

Briskmark ditubuhkan untuk dijadikan wadah bagi dana politik Yong Teck Lee.

Menjelang PRU 1999, Yong menerima sejumlah wang lagi daripada Wasli. Wasli turut diarahkan memberi hadiah berupa wang tunai RM500,000 kepada lapan ahli lembaga pengarah Bismark, selain Yong, beliau membayar wang tunai RM500,000 kepada setiap daripada lapan anggota lembaga Briskmark sebagai derma kepada mereka. Mereka ialah Datuk Salleh Otik, Datuk Ismail Jook, Abdul Kader Pateh, Laimun Laikim, Michael Emban, Talib Aning, John Liaw dan Catherine Yong(Adik kepada Yong Teck Lee).

Ketika menjadi ketua Menteri Sabah, beliau ada kaitan dengan sebuah syarikat iaitu Warisan Harta Sabah (WHS) rugi RM114 juta, berikutan keputusan Yong (ketika itu Pengerusi WHS) mengarahkan ‘share swap’ pemilikan saham WHS dalam MISC sebuah syarikat yang dianggap memiliki saham ‘blue chips’ dengan saham North Borneo Trading (NBT) dan Sugarbun Corporation Berhad, dimiliki dua usahawan dari Sarawak yang merupakan saham spekulatif.

Berikutan itu bukan sahaja Warisan Harta rugi dalam tahun kewangannya sebanyak RM114 juta kerana kejatuhan harga kedua-dua saham tetapi juga kehilangan dividen daripada MISC.

Yong juga mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun, sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan sehingga hari ini nilainya merosot dengan teruk dan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian.

Lebih 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah kehilangan pelaburan mereka (pada 1996) akibat kejatuhan saham SAS daripada RM1 seunit kepada 17 sen seunit ketika itu.

Selama tempoh dua tahun Yong menjadi KM Sabah, banyak dasar-dasarnya tidak popular termasuk memperkenalkan Forest Management Unit (FMU) yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat untuk tempuh 100 tahun. 

Semasa menjadi Ketua Menteri terlalu banyak hak-hak rakyat dikatakan telah dinafikan oleh beliau dan antaranya adalah :geran-geran tanah untuk kampung-kampung tradisional Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon,Tebobon,Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi).Tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra.Tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra.

Hak rakyat lain yang dikatakan diambil oleh Yong ialah 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan,Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta,Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta.,Tanah-tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.

Wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings,Duit rakyat diperbendaharaan negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd (kontrak sewa kereta kepada semua agensi kerajaan, Merobohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah tersebut terbiar kerana tanah berkenaan tidak mempunyai geran.

Yong juga dipercayai mempunyai perwatakan pemimpin yang tidak boleh dipercayai malah disifatkan antara pemimpin yang mendokong sifat opurtinis dengan mengambil kesempatan atas hubungan baiknya dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan hingga membolehkan beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Timbalan Presiden PBS pada 30 September 1989. Pada 19 Julai 1990, Yong dilantik oleh Ketua Menteri (Pairin), sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri sehingga 19 Januari 1994.

Rentetan krisis dalaman PBS pada waktu itu mendorong Yongo keluar PBS bertindak pantas menubuhkan sebuah parti baru iaitu SAPP pada 19 Januari 1994 dengan membuka keahlian kepada semua kaum, sama seperti PBS. Yng menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik Bahkan, Yong sendiri mengepalai kumpulan mengkhianati Pairin.

Yong dipercayai mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim dan banyak menerima dana melalui kapasiti Anwar sebagai Menteri Kewangan.

Pada 18 Jun 2008, Teck Lee yang menjadi Presiden SAPP mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Kemudian Yong umum SAPP keluar BN pada 17 September 2008 walaupun gerakan 16 September Anwar gagal.

Sebaliknya, pengumuman Yong itu bercanggah dengan pendiriannya sebelum PRU 2008 apabila beliau dilaporkan memuji dan menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah membuat kenyataan “'Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya (Yong Teck Lee)” bagi mengulas tindakan Yong itu. Maksudnya, Yong Teck Lee merupakan satu-satunya Presiden parti komponen BN Sabah yang tidak tercalon dalam PRU 2008. Yong menuntut janji jawatan Senator, tetapi tidak dipenuhi Musa dan Tun Abdullah Badawi. DUN Sabah yang bersidang tidak mencadangkan nama Yong sebagai Senator tetapi Musa mencadangkan nama lain.

Yong dipercayai termakan janji habuan yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim berikutan “isu 16 September”, iaitu pertukaran kerajaan berdasarkan kontroversi puluhan MP akan lompat parti. Yong juga mengakui pernah menemui Anwar sebanyak dua kali dalam tempoh itu, masing-masing di Hong Kong dan Kuala Lumpur. Tindakan SAPP keluar BN hanyalah strategi untuk meredakan kegagalan ’16 September’.Anwar.

Bagaimanapun, di pihak Yong, tindakan itu seperti ‘melangsaikan hutang’ dengan Anwar terutama hubungan Ketua Menteri - Menteri Kewangan dahulu. Dengan keputusan Yong Teck Lee mengeluarkan SAPP daripada BN, bermakna Yong Teck Lee Tidak Lagi berhutang dengan Anwar.

Atas sebab itu, Yong Teck Lee menolak tawaran Anwar agar memberi peluang kepada PKR di Batu Sapi untuk satu lawan satu dengan BN. Bukan sahaja menolak tawaran Anwar itu, malah Yong mencabar Anwar berdebat dengannya.

Kepada pengundi Parlimen Batu Sapi tanya selera sendiri mengenai Yong Teck Lee.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List