Beri Peluang Kepada PR untuk Perubahan

on Nov 4, 2010

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meminta warga Batu Sapi agar memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil kali ini.

Dalam satu sidang media pagi tadi di sini, beliau berkata kesemua janji kerajaan Umno-BN mengenai peruntukkan pembangunan, pemberian hadiah dan wang yang diberikan kepada penduduk Batu Sapi merupakan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan rakyat dan bukan hanya apabila adanya pilihanraya.



"Mesej yang jelas ialah masa depan anak cucu kita. Masa depan generasi akan datang merupakan mesej terpenting yang dapat diberikan kepada para pemerintah elit dalam pilihanraya kali ini, maka berikan kita peluang," kata beliau.
Katanya lagi, pilihanraya ini amat penting dalam sejarah negara dan penduduk Batu Sapi amat bertuah kerana akan menjadi pemangkin perubahan di negara ini.



"Jika dilihat calon kita, Ansari Abdullah, beliau telah memperjuangkan kes Kampung Perpaduan, Borneo Development Corporation (BDC) dan kes pembinaan Dewa Ma Tzu, yang mana menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin untuk semua lapisan masyarakat," tegas beliau.



Beliau seterusnya berkata hanya PKR bersama DAP dan PAS dapat mengubah kerajaan persekutuan dan ini dinantikan ole PR, dan walaupun Batu Sapi tidak berupaya untuk membuat apa-apa buat masa ini tetapi kemenangan pilihanraya kali ini akan menjadi satu titik permulaan dalam membawa perubahan.
"Dengan itu, saya merayu kepada para pengundi Batu Sapi agar mengundi untuk calon PKR, Ansari ," kata beliau, mengahkiri ucapannya.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List