BN Semakin Lesu Di Galas......???

on Nov 3, 2010

KUALA TERENGGANU: Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mendakwa gerak kerja kempen parti Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin lesu di Galas.

Tetapi, katanya semangat bekerja dan berkempen jentera PAS dan Pakatan Rakyat lebih hebat berbanding Umno-BN sepanjang tempoh lapan hari ‘berperang’.

Katanya, melalui pemerhatian para petugas PAS lebih menunjukkan kesungguhan untuk memenangkan calon mereka, Dr Zulkifli Mohamed berbanding dengan petugas Umno-BN.

“Kemenangan di Galas penting kerana itu adalah ‘hak’ kita sejak pilihan raya umum lalu. Kita yakin boleh menang dengan gerak kerja itu, Insya’Allah,” tegasnya.

Beliau yang juga Pengarah Penerangan PAS Terengganu mengakui kesukaran yang dilalui PAS dan Pakatan Rakyat akibat serangan pihak media massa arus perdana serta jentera kerajaan yang digunakan oleh parti Umno-BN.

Katanya, Umno-BN menggunakan saluran media seperti akhbar, tv serta jentera kerajaan pusat bagi melemahkan parti PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini.

“Kita (PAS) akui menghadapi kesukaran sedikit sebanyak untuk berhadapan dengan media massa, tv, surat khabar dan jentera kerajaan pusat. Mereka digunakan oleh parti Umno dan kerajaan Barisan Nasional.

“Tapi kita tidak ‘lemah’ semangat untuk berhadapan dengan mereka (BN) dan yakin dapat memenangi hati rakyat dan pengundi di Dun Galas ini,” ujarnya.

Menurutnya, jika diukur pada hari penamaan calon lagi PAS telah menang dengan sokongan rakyat serta rakan dalam Pakatan Rakyat.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List