Kuasa Pemerintahan Raja Perlu Dikembalikan -Prof Madya Dr.Mohammad Agus Yusoff

on Nov 30, 2010

Kuasa raja: Perkara 66 dicadang dipinda semula. Dulu siapa punya angkara.....???




Kuasa untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang oleh raja-raja dalam Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan yang sebelum ini telah dipinda perlu dikembalikan semula bagi memastikan sistem pemerintahan beraja di negara ini dapat dikekalkan.

Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, ini kerana perkara tersebut yang dipinda pada 1983 merupakan satu sistem yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlu dikekalkan sebagai kelangsungan survival Melayu sebagai penduduk asal.

Beliau berkata, ia juga merupakan identiti dan lambang bangsa Melayu.

"Jika kuasa itu dikembalikan ia dapat mengimbangi peranan penggubal undang-undang.

"Dengan kembalinya kuasa itu, raja-raja boleh semak dan imbang di situ," katanya ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Sistem Raja Berperlembagaan: Keperluan dan Masa Depan pada Wacana: Raja Berperlembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Mohammad Agus, bukan mudah untuk mengembalikan perkara itu kepada yang asal (pinda semula Perkara 66) kerana ia memerlukan undi majoriti dua per tiga Ahli Dewan Rakyat untuk kelulusan.
Kata beliau, untuk mendapat undi majoriti itu juga agak sukar kerana tidak mungkin Ahli Dewan Rakyat bukan Melayu akan menyokong perkara itu.

"Jadi saya rasa hanya raja-raja yang boleh meminta supaya kuasa itu dikembalikan kepada mereka dan saya yakin kalau raja yang minta pasti orang Melayu akan sokong," kata beliau


 Siapa yang tidak menyokong bererti dia memang derhaka kepada Raja !  Kuasa Raja perlu dikembalikan dengan harapan kepalsuan akan disekat dengan berkat keadilan DYMM Sultan Sultan.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List