ZAHRAIN BERKOKOK..........???

on Nov 30, 2010

MP Bebas cabar Anwar serah darjah kebesaran


030_zahrain


PARLIMEN KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Zahrain Hashim (Bebas – Bayan Lepas) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan darjah kebesaran dan ganjaran yang diperolehi dari keistimewaan orang Melayu.
Katanya, jika Anwar tidak mahu menyerahkan semula darjah kebesarannya itu, beliau memohon Tuanku Sultan menarik balik darjah kebesaran berkenaan.
"Mereka ini tidak layak menerima darjah kebesaran itu. Anwar merupakan orang yang hipokrit besar kerana beliaulah yang mewujudkan konsep Ketuanan Melayu semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.
"Tetapi kini dia menolak konsep Ketuanan Melayu. Adakah dia merasa kesal kerana beliau tidak lagi berkuasa," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Zulkifli Noordin (Bebas – Kulim Bandar Baharu).
Sultan Selangor kesal
Semalam akhbar melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap orang Melayu yang mempertikaikan kerelevanan institusi raja Melayu dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.
Baginda mendedahkan, matlamat golongan berkenaan adalah agar sistem Raja Berperlembagaan disemak dan dikaji semula.
Mohd Zahrain berkata, konco-konco Anwar mendapat habuan daripada konsep Ketuanan Melayu itu.
"Masa dia (Anwar) berkuasa banyak kawan dia yang mendapat borang samar (pink form)," katanya.
Dalam Kongres PKR hujung minggu lalu, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya meminta orang Melayu menolak konsep Ketuanan Melayu kerana ia menguntungkan kelompok tertentu.
Bagaimanapun, pelbagai pihak mengecam ucapan isteri Anwar termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang membuat laporan polis.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List