PRU 13. PAS PERLU MAJORITI 'SIMPLE' TAWAN TERENGGANU..........???

on Nov 30, 2010




Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata PAS Terengganu hanya memerlukan ‘simple’ majoriti 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk kembali memerintah negeri ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, akan datang.

Katanya, secara mudah PAS Terengganu hanya memerlukan ‘simple’ majoriti 17 kerusi Dun bagi mencapai cita-cita tersebut.

Menurutnya, dengan 17 kerusi Dun PAS Terengganu sudah boleh kembali memerintah negeri dan Dun Kemasik antara sasaran parti.

“Secara mudahnya, ‘simple’ majoriti kita hendak 17 kerusi Dewan Undangan Negeri dan sudah boleh memerintah negeri Terengganu.

“Dun Kemasik ini, duduk di kalangan orang yang boleh eksas dengan internet, golongan intelektual dan berpendidikan.

“Kita di Dun Kemasik juga ada cukup kekuatan jentera pilihan raya parti yang perlu disusun dengan strategi, Insya’Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili PAS Terengganu pada Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Peringkat Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik di Pasti Al-Abrar, Kampung Gelogor, Kertih, Kemaman paad 24 November lalu.

Katanya, PAS perlu meraih undi di kalangan pengundi atas pagar, pengundi muda serta pengundi  yang protes terhadap Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Malah, menurutnya jika PAS berjaya mendapat tiga peratus undi dari kalangan pengundi yang pernah mengundi Barisan Nasional sudah dikira boleh menang.

“Kita dalam PAS ada tanggungjawab politik untuk menang pilihan raya. Kita mahu mengembalikan syariat Allah SWT.

“Jika tiga peratus sahaja pengundi Umno-BN datang kepada PAS, kita sudah boleh menang di Terengganu ini,” tegasnya.

Menurutnya, menjadi kewajipan PAS Terengganu menebus semula kekalahan parti sejak tahun 2004 untuk kembali memerintah negeri.

Pelancaran gerak kerja tersebut dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dihadapan lebih 300 ahli parti dari 10 Unit Peti Undi (UPU) di Dun Kemasik.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu,  Ustaz Arifin Deraman, Yang Dipertua PAS Kemaman, Ismail Harun dan Pengarah MTD Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List