

Dengan pemilihan DAP Selangor dijadualkan dalam sembilan hari lagi, pergelutan kuasa di antara kumpulan pemimpin sekarang dengan pencabarnya semakin ketara.
Pihak yang berkuasa sekarang menuduh speaker dewan undangan negeri Selangor, Teng Chang Kim mengetuai kumpulan 'pemberontak' untuk merampas kuasa. Kumpulan yang dikenali sebagai 'Reform Keadilan' itu termasuk pemimpin-pemimpin DAP yang kini dipinggirkan dan penyokong bekas ahli majlis Klang Tee Boon Hock.
Kumpulan itu dikatakan mengintai sekurang-kurangnya lapan daripada 15 kerusi jawatankuasa pusat Selangor untuk menguasai kepimpinan DAP Selangor.
Teng bagaimanapun menafikan dakwaan itu manakala beberapa pemimpin lain yang juga dikaitkan dengan kumpulan berkenaan juga telah menafikannya.

Seorang pemimpin dari puak yang berkuasa memberitahu Malaysiakinibahawa Kumpulan Reform Keadilan itu satu pakatan yang longgar bagi menyatukan kepentingan mereka dan tidak mempunyai sebarang visi.
"Jika mereka berjaya ambil alih DAP Selangor, akibatnya tidak dapat dibayangkan,” katanya.
Teng, Ng dan Kannan adalah ahli jawatankuasa pusat DAP Selangor sekarang ini.
Lee pula dikatakan sebagai 'penyokong tegar' Tee yang dipecat dari parti kerana mengeluarkan surat sokongan bagi projek di mana anaknya terbabit.
Beliau dan Lim juga dikatakan mempunyai cita-cita mencari peluang untuk dilantik sebagai calon DAP pada pilihan raya negeri yang akan datang.
0 comments:
Post a Comment